Tuesday, March 17, 2009

Sebuah Kisah di Sebalik PPSMI



“Hah…Mama dah carikan kerja untuk hang. Jadi cikgu kat sekolah kawan Mama. Mau?” kata mak aku semasa kami dalam kereta, pulang ke Kedah dari KMB setelah aku tamat belajar di situ sekitar 2004.


Aku memandang kosong ke luar tingkap kereta. Warna merah senja masih lagi di situ, belum pudar. Cantik!“Ma…malaih lah. Kalau boleh oghang nak gheja macam Tu’ai, jadi maintainer kat kelab bowling kat City Plaza tu. Best sket.” aku menjawab malas sambil mataku menjeling kepada Tu’ai, adikku di sebelah. Fikirku, bolehlah kami keluar petang ke tempat kerja dan balik awal pagi. Sambil-sambil tu bolehlah merewang ke tengah-tengah bandar Alor Setar sebelum balik ke rumah. Bila lagi?


“Hang jangan nak menggatai. Mama dah habaq dah kat Cikgu Cek Puteh. Esok lusa hang pi daftaq kat sekolah tu.” mak aku membantah.“Laa…ingatkan nak bagi option tadi. Rupa-rupanya arahan mandatory.” cetus hati aku.


Merah senja di luar tingkap makin pudar. Lebuh raya PLUS nampak kosong. Seperti fikiran aku yang kosong.“Apa aku nak buat kat sekolah tu nanti? Dah la kena mengajaq Bahasa Inggeris. Tingkatan 4 ngan 5 plak tu. Sastera lagi. Mampoih.” Hati aku terus merungut tak puas hati. Tapi apa boleh buat, arahan mandatori…Habis takat tu…


Bermula episod diri aku diberi peluang mengenali sendiri apakah erti perjuangan memartabatkan anak bangsa dari kaca mata seorang guru, yang dikerah mendidik pelajar luar bandar (kalau boleh aku katakan, sekolah yang aku pergi ini adalah sekolah yang lagi luar daripada ‘luar bandar’. Maknanya sangat- sangat terpencil).


Aku menjadi cikgu ganti, menggantikan seorang guru lain yang cuti bersalin. Dan sekali sekala aku masuk ke kelas-kelas tingkatan yang lain, menjenguk apa yang pelajar-pelajar di sana sedang buat sewaktu ketiadaan guru.Biar aku ceritakan…


Adegan 1:

Biasalah, sesi perkenalan menjadi modal utama untuk cikgu baru macam aku untuk ‘skip’ hari pertama daripada kena mengajar. Ni yang berlaku di sebuah kelas tingkatan 5 Sains 1.

“ Ok class, My name is Haikal. Your new English teacher here, for 2 months bla..bla..bla.”

“Now I would like to know each of you before I begin my lesson. Please state your name, ambition and where are you from. Ok, let us start from you.”

“ Err…sir. Saya tak pandai cakap Inglis. Bahasa Melayu boleh dak?”

Aku jawab : “ Cuba, takpa salah pun. saya pun bukan pandai cakap omputih.”

“ I is Syahrul (nama rekaan). Yang lain saya tak gheti sir.”

“Ok takpa…teruskan. Saya tanya tadi cita-cita dan tinggai kat mana.”Dalam hati : “Mampoih, macam mana aku nak mengajaq dalam BI ni? Kalau kelas 5 sains 1 pun tak berapa gheti BI?”


Adegan 2:

Ada satu hari tu, aku kena masuk ke kelas tingkatan satu. Cikgu yang sepatutnya berada dalam kelas tu tak datang. Sekali lagi, sesi berkenalan, sebab aku memang tak disuruh mengajarpun.

“Nama saya cikgu Haikal. Saya masuk mai ganti cikgu Sharifah. Saja nak berkenalan dengan kamu semua. Soghang-soghang bangun dan habaq nama dengan cita-cita. Hah kamu…mula!”

“Nama saya Rosdi. Cita-cita nak jadi..emm…perbaik gheta. Pak saya ada kedai pomen gheta kat pekan.”

“OK takpa, kamu!” aku menuding pada seorang pelajar yang berdiri kat pintu, gaya macam nak lari keluar dari kelas.

“Saya…nama Ku Nazim. Cita-citaku nak jaga lemu pak ku” Memang disebut LEMU, bukan lembu. Jawab Nazim serius dalam loghat Kedah hulu yang pekat. Lembu pun kedengaran lemu. Saya diganti dengan ku…bahasa diri kebiasaan bagi orang-orang kampung kat tempat aku.

“Sebab apa nak jaga lembu?”“Ku tak tau dey. Pak ku banyak Lemu. Dia pun dok sughuh ku jaga lemu dia.”

“ Oo…ya ka?” aku menyetujui kata-katanya


Dalam hati : “Bertuah betul orang bandar. Anak-anak semuanya bercita-cita tinggi. Nak jadi doktor, saintis. Paling komanpun polis. Tapi kat sini. Cukuplah kalau boleh warisi apa yang bapak depa ada. Mungkin depa ni masih naif…tapi kalau dibandingkan dengan anak bandar yang sebaya, depa ni jauh naif. Seolah-olah tiada langsung cita-cita.”


Dan memang benar, pelajar-pelajar di sini memang datang ke sekolah bukan kerana ingin belajar. Tetapi kerana ingin berjumpa kawan-kawan. Itu sahaja dorongan mereka untuk terus berada di sekolah dari jam 7.30 pagi hingga jam 2 petang. Dan peluang daripada kedatangan mereka ke sekolah itulah yang digunakan oleh guru-guru untuk menumpahkan ilmu yang sedikit buat bekalan anak bangsa ini.Lalu…bagaimana ingin mempunyai cita-cita?


Adegan 3:

Aku diberi amanah untuk menanda kertas peperiksaan Bahasa Inggeris dan English in Science and Technology (EST) - Tingkatan 4 dan 5.Untuk Tingkatan 4…semua gagal (fail) untuk 2 mata pelajaran yang aku tandakan tu.Untuk Tingkatan 5…ada seorang dua sahaja yang lulus ataih pagaq EST. Untuk Bahasa Inggeris, ramai jugak yang lulus tetapi sekadar lulus. Tak lebih dari itu. Itu pun…aku kena jadi seorang pemeriksa yang sangat bermurah hati.


Bila ditanya kepada guru-guru lain tentang perkara itu : “Hah…besa la tu. Budak-budak sini bukan gheti BI. Lepa (Depa/mereka) bukan maupun belajaq BI. Sabit tu (sebab tu) kalau hang tengok budak-budak yang ambik Sains dengan Math dalam BI kat sekolah ni semua tak luluih. Habuk pun takdak.” Kata seorang cikgu lelaki, sambil menghisap rokok daun yang digulung sendiri, sewaktu kami bersembang di kantin.


“Kalau dulu, waktu dua-dua subjek ni lepa ajaq dalam BM pun student tak pandai. Ni pulak nak mengajaq dalam BI. Punah anak bangsa hang tau dak Haikal. Lepa ni orang kampung. Satu hapa pun depa tak gheti. Lagi nak suruh belajaq dalam BI. Apa punya otak pun aku tak tau.” Sambung cikgu itu dalam nada kesal bercampur geram. Ada juak-juak meluat di mukanya.


“PUNAH ANAK BANGSA” terngiang lagi perkataan tu dalam fikiran aku sampai sekarang.


Adegan 4:

Satu hari tu, aku masuk mengajaq BI kat dalam kelas tingkatan 4 Perdagangan. Ada 4 orang pelajar lelaki sewaktu aku sedang mengajar di depan, depa dok berkumpul 4 orang dalam satu bulatan kat belakang.

“Tu kat belakang, hangpa tengah buat apa tu?” Aku dah tak cakap Inggeris lagi dah dalam kelas (Pelik kan? Mengajar Bahasa Inggeris dalam Bahasa Melayu. Tapi apa boleh buat... payah…susah. Kesian dengan mereka yang tak faham apa-apa).Ada budak lain yang tolong jawabkan soalan aku tu, tapi dalam keadaan yang separuh berbisik:

“Depa tengah main Sing-Kong Sir.”

“Menatang apa tu?” aku bertanya kehairanan.

“Judi!” (Sing-kong: lambung duit syiling, pastu pakat-pakat teka kepala ka ekoq. Sapa betoi dia dapat duit syiling tu)

“Budak-budak kat belakang! Baik hangpa berenti sebelum saya panggil PK HEM. Kalau tak mau belajaq, Hangpa dok diam-diam kat belakang. Tidoq!” Tegas aku dalam nada separuh bengang.


“Ok sir.” Jawab seorang dari mereka dalam keadaan senyum. Aku hanya mampu geleng kepala dan teruskan pengajaran “Mari Mengenal Bahasa Inggeris”


“Ok kelas…kalau I…padan dengan Am”

“I am”

“Kalau he atau she yang maksudnya Dia…padan dengan Is”

“He is”


Itu antara situasi-situasi yang berlaku di luar bandar. Ops…di luar lagi daripada luar bandar. Sekolah tempat aku mengajar tu, ada antaranya pelajar Siam. Memang di utara Kedah ramai orang Siam dan anak-anak mereka ini dihantar ke sekolah-sekolah kerajaan, macam juga orang melayu.


Kesimpulan mengenai Sistem Pendidikan Malaysia:


1. Hancur

Sistem pendidikan yang hanya memihak kepada orang di bandar memang hancur. Dulu, bolehlah pelajar-pelajar luar bandar ni dapat walaupun sedikit ilmu Sains dan Matematik kerana mereka faham apa yang diajar sebab diajar dalam bahasa ibunda mereka. Sekarang? Tak dak!


Alasannya adalah untuk mewujudkan semangat persaingan. Kalau tak dipaksa, mereka tak akan belajar. ITU ALASAN SEMATA-MATA!Berpijaklah ke bumi yang nyata wahai menteri-menteri terutamanya Menteri Pelajaranku! Cuba kalau hangpa yang datang mengajar di sekolah tu. Hangpa akan jadi tertekan seperti juga guru-guru di situ. Malah sepatutnya lebih lagi. Sebab hangpa menteri yang bertanggungjawab atas apa yang terjadi. Budak-budak di sekolah hilang langsung minat untuk belajaq Sains dan Matematik. Sampaikan soalan 4 divide by 2 equals? pun…terkial-kial nak kena cari makna divide dan equal dulu.


2. Tak Adil

Cikgu-cikgu di luar bandar dikerah melakukan macam-macam. Buat kelas tambahan itu ini. Pelajar bukan datang pun. Sebab mereka tak mahu.

Sebab apa tak mahu?

Sebab meraka tahu mereka tak akan lulus. Sebab mereka tahu, mereka akan hanya masuk paling tinggi pun ke Politeknik. Sebab mereka tahu, mereka tak akan ke mana. Tiada universiti dalam hidup mereka. Tiada obersi (oversea). Tiada…Tiada…Tiada!

Sebab apa mereka sebegitu, begitu pessimistic?

Sebab mereka tak mampu! Nak cari guru tuisyen macam orang bandar? Nak beli buku ulangkaji dua, tiga buah? Mana nak cari duit?


Ayah buat bendang tu pun tumpang bendang orang lain. Mak menoreh getah tu pun pokok getah orang lain. Abang gheja pomen gheta tu pun kat kedai pomen orang lain. Mana ada duit?Apa yang mereka ada?
Mereka ada kelas tambahan di sekolah yang jadi tenaga pengajarnya adalah cikgu-cikgu sekolah tu jugak. Yang pagi tadinya mengajar dalam kelas dan mereka tak faham. Petang, bila buat kelas tambahan, cikgu yang sama jugak. Mestilah tak faham jugak.


“Habeh tu, buat apa aku mai kelas tambahan?”


3. Mengarut

Tok-tok menteri…saya nak tanya. Ada dak hangpa hantaq anak-anak hangpa mengaji kat sekolah kerajaan macam yang kat atas? Paling koman pun, SBP (Sekolah Berasrama Penuh). Paling koman pun MRSM. Dan yang paling menarik…Pak Menteri yang dok push supaya sistem yang ada sekarang ni diteruskan pun hantaq anak belajaq kat sekolah swasta!


Tolonglah Pak Menteri. Berpijaklah di bumi nyata. Takkan bila hari ni Bahasa Inggeris menguasai dunia, kita belajaq Sains Matematik dalam BI. Esok lusa kalau Bahasa Cina naik jadi bahasa utama dunia? Waktu tu hangpa terketaq-ketaq nak suruh orang melayu belajaq Sains Matematik dalam Bahasa Cina? Tak ka bercelaru sistem pendidikan Malaysia waktu tu?


Kita ada golongan luar bandar yang mereka nak juga pandai sebagaimana orang-orang di bandar. Tapi mereka kurang kemampuan. Janganlah aniaya mereka. Kalau menteri sendiri pun tak hantar anak belajar di sekolah kerajaan…tidakkah itu mengarut???



Sedikit Pengalaman Manis:


1. “Sir…awat cepat sangat sir mengajaq kat sini? La ni baru kami rasa seronok sikit belajaq English.”


2. “Sir. Lepaih sir keluaq dari sekolah ni…saya malaih mai sekolah lagi dah.Tak best dah lepaih nih.”


3. “Sir, nanti kalau sir dah pi obersi, jangan lupa hantaq gambaq sir kat kami naa. Kami nak pi…mesti tak buleh punya. Tengok gambaq sir main saljipun kami dah rasa best. Sir jangan lupa naa.”


4. “Sir, nak ambik gambaq dengan Sir. Nanti takdak la kami teringat selalu kat Sir.”


5. “Ni sir…hadiah daripada kami. Kami share duit ramai-ramai ni Sir.” (menitis air mata aku bila aku bukak kotak hadiah tu…hadiahnya hanyalah sebuah jam loceng yang baru semalam aku nampak ada dijual di pekan sehari…harganya hanyalah sekitar RM2)


6. “Sir…ni ada sorang budak dia lukih gambaq sir. Tapi dia malu nak bagi sendiri kat Sir.” “Mana dia?” Aku tanya kembali. “Dia tak mau mai sekolah hari ni…dia sedih.”


7. “Ok kelas, hari ini hari last saya ajaq hangpa kat sini. InsyaAllah kita jumpa lagi. Kalau sapa-sapa nak kontek saya, saya bagi alamat emel. Kalau ada yang pi CC (cyber cafĂ©) kat pekan tu nanti, tulih la emel kat saya. Tulih dalam Bahasa Inggeris tau. Biaq salah pun takpa. Kalau dak…saya tak mau layan.”


Dan sehingga ke hari ini…memang ada yang menulis pada aku…tapi dalam BI yang dhaif. Takpalah…semangat kalian aku hargai.


(Diceritakan oleh Penulis - Haikal Ghazali, yang kini hampir menamatkan pengajian beliau dalam bidang perubatan)
-------------------------------------------------------------------------------------
Perkongsian yg bermakna....

Jangan leka,
Mari sama2 berusaha,
Jika tak mampu buat semua,
Buat setakat yang mampu sedaya upaya,
Bulatkan diri dan serahkan padaNya,
Allah kan ada =)

Allahu'alam

~ imalia ~

Thursday, March 5, 2009

PROTAZ (Siri 3) must read, long but worth it insyaAllah


Wahai jiwa yang tenang!
Kembalilah kepada Tuhan-Mu dengan hati redha dan diredhaiNya
Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu
dan masuklah ke dalam syurgaKu
(Al-Fajr 89 : 27-30)


Tenang jiwa bila kita baca ayat-ayat di atas kan =). Wahai jiwa yang tenang, kembalilah perbetulkan niat kita dlm melakukan SETIAP perkara.

LILLAHI TA'ALA

Saya menulis bukanlah kerana mahu pendapat saya diterima sepenuhnya, saya menulis kerana ingin menyampaikan mesej. Mudah²an akan diredhai Allah s.w.t.

Diri ini sangat lemah, saya sedar tidak semua perkara saya mampu lakukan secara bersendirian, tetapi itu tidak bermakna saya perlu tinggalkan semuanya atau tidak perlu buat langsung. Ini bermaksud kita semua perlu berusaha sedaya mungkin.


Dengan rendah diri nya, saya teramat akui bahawa saya AMAT MEMERLUKAN anda semua dlm kita sama-sama usaha utk menyambung mata rantai dakwah Rasulullah SAW yang tercinta. Ayuh, berganding bahu.

why choose to sit and stare when u can be the player?

Sahabat² sekalian.. kita masih lagi sedang membincangkan tentang isu PROTAZ. Banyak kesan² yang negatif timbul dan membarah tanpa kita sedari. Saya kecilkan skop terus kepada title PROTAZ yang telah dicipta dan dihasilkan bagi mendorong seseorang individu yang bukan specialist agama untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan para ustaz²/ah dalam berbicara tentang aspek keagamaan secara khusus.

YA, benar.. niat itu baik. Saya setuju. TETAPI.. !, perlu diingati bahawa di dalam ISLAM.. untuk setiap perkara ada kaedah dan caranya yang telah ditetapkan. Jadi merujuk dalam konteks ini.. kita mesti berpegang dengan kaedah.. "MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA".

Dear friends.. kaedah yang saya maksudkan itu boleh untuk kita fahami sepertimana berikut: Jika kita berniat untuk melakukan sesuatu perkara dan jelas matlamatnya baik, ia tak bermaksud kita bebas menggunakan cara² yang salah di sisi ISLAM. Sebagaimana masalah PROTAZ ini. niat dan matlamatnya betul.. tetapi dengan istilah yang telah dibuat menyebabkan caranya tidak bertepatan dengan kaedah ISLAM.

Jelas.. apabila kita melihat kepada istilah PROTAZ yang secara tersirat mengiktiraf adanya pengasingan ilmu berdasarkan title ~~ profesional adalah profesional.. manakala ustaz adalah ustaz. tiada kaitan antara keduanya. Kemudian digabungkan profesional + ustaz = PROTAZ. Sedangkan pada hakikatnya di dalam Al-Quran, ISLAM tak pernah memisahkan antara bidang² ilmu. Sebaliknya kesemua cabang ilmu yang asasnya berasal daripada Al-Quran dan Al-Hadis adalah ilmu agama. Sebagaimana yang telah saya terangkan dalam entry
PROTAZ siri 2 yang lepas.

Kesimpulan asas secara mudah pada pendapat saya.. kita semua mesti bekerja dan berdakwah untuk ISLAM.. sesuai mengikut kapasiti kita. Para ustaz/ah dengan tahapnya. Kita yang bukan specialist agama dengan tahap kita. Semuanya sama, bekerja untuk ISLAM. Kita tak memerlukan sebarang title yang boleh mengelirukan umat ISLAM secara keseluruhannya. Sebenarnya, walaupun tanpa title USTAZ atau yang hampir dengannya seperti PROTAZ.. kita mampu menjadi tenaga kerja ISLAM. Sama² kita usaha hilangkan kekeliruan dengan kembali berpegang kepada sistem dan kaedah ISLAM yang terang dan jelas.

"istilah Dr/IR ect telah memadai.." = Berikan para Ustaz title dan hak mereka. itu jelas. Ustaz adalah ustaz. Dr (medical) adalah Dr (medical). Ingineer adalah engineer. Pilot adalah pilot. JELAS, MUDAH dan TIADA KEKELIRUAN.

Demi memudahk
an perbincangan, saya rangkumkan beberapa intipati yang sama² kita cuba capai dengan konteks asasinya:

Mesti ada Islamic title baru dirasakan kita buat kerja Islam?

Allah knows what we do and there is no necessity for humans to know this as well

Pandangan saya lemah, tetapi pada saya cukuplah dgn ketidakadilan yg berlaku setakat ini, sudah sampai masa kita beri kefahaman sebenar. Saya sampaikan analogi :

(a) Analogi pertama : Masalah jerawat

Dalam menangani permasalahan ini, cukupkah sekadar disapu bedak supaya org lain tidak nampak? Ia mungkin berkesan, tetapi HANYA UNTUK KETIKA ITU SAHAJA, ia tidak efektif kerana mslh itu tidak diselesaikan sebenarnya, cara yg perlu diselesaikan ialah dgn bermula DARI AKAR UMBI, anda mungkin memerlukan antibiotik utk merawat jerawat! =)

Jika dikaitkan dgn entry lps berkaitan PROTAZ atau secara generalnya disabitkan juga kpd semua jenis pengistilahan yg menggunakan Islamic title yang berbaur kekeliruan, yg digunakan atas tujuan utk memberi impak bahawa ia kononnya diadaptasi daripada ISLAM yang hakiki. Tetapi, pada hakikatnya istilah itu ibarat seperti bedak yg ditepek atas permukaan permasalahan yang telah berakar umbi. Istilah itu jua jelas tidak efektif utk jangka masa panjang dlm merawat kecelaruan pemikiran masyarakat kita tentang ISLAM yang sebenar. Antara contoh lain seperti: Sister In ISLAM yang berunsurkan liberal.. etc.

(b) Analogi kedua : Kwn tutup lampu bila tinggalkan dapur sedangkan anda masih berada di dapur!

Lucu, tetapi itulah apa yg berlaku kpd saya. Bukan hanya sekali! =) dan bukan hanya melibatkan org yg sama! Walaupun rancak kami bersembang ketika di dapur, tetapi sejurus saya ditinggalkan keseorangan di dapur, lampu yg tadi celik, dipetik dan kelamlah ia. Sampai ke sudah sahabat itu tidak sedar hinggalah saya tergelak & memanggilnya.. sesudah agak jauh dia berjalan meninggalkan dapur. 'Alamak, sori , tak sengaja'

Pendedahan yg kerap kpd perkara terbabit meninggikan kebarangkalian utk keadaan sebegitu menjadi sebahagian daripada cara hidup kita. Sikap ambil mudah, mudah berlepas tangan dan kurang responsibility dalam menjaga hak ISLAM dan masyarakat. So.. dlm cerita tu, kerana sudah terbiasa menutup lampu ketika meninggalkan dapur, maka, tinggallah Alia dlm kegelapan di dapur =). - (itu sebagai contoh mudah je =).

Seperti di atas, situasinya adalah sama dengan realiti isu pokok yg sedang kita bincangkan bersama, berkenaan krisis PROTAZ sebagai Islamic title. Kerana terlalu kerap dihidang & difokuskan kpd istilah yang keliru semata², dikhuatiri, satu hari nanti istilah itu akan menjadi duri dalam daging kpd sebahagian besar saudara² Islam kita di mana mereka hanya menjadi sensitif dan perihatin kepada agama.. apabila sesuatu perkara itu ada beristilah Islam sahaja. Contohnya seperti: profesional + ustaz = PROTAZ dsb

Maka, jika selama ini kita biasa menyajikan masyarakat dengan 'ada Islamic title, baru rasa nak buat kerja Islam' , percayalah! kita sebenarnya menyempitkan skop beribadah dalam Islam di mata masyarakat. NATIJAHnya akan menjadi seperti situasi berikut :

(i) Masjid : Di majlis akad nikah

'Kenapa tak masuk kak?' tanya saya

'Tak pe lah, awak masuk lah, akak tak pakai tudung'

Adakah tudung itu hanya di masjid? Adakah ibadah itu hanya dikira di masjid, tikar sejadah, ketika baca Al-Quran & buku-buku agama? =) bangunlah dari lena, sudah masa utk cari kefahaman sebenar, insyaAllah =)

FULL TIME MUSLIM

Keislaman kita tidak dibatasi geografi, lokasi, tidak ada erti 'cuti'..Keislaman kita dimanifestasikan dalam setiap perkara dalam setiap hari.


AD-DEEN : A WAY OF LIFE

(ii) Pemisahan Islam dari pemerintahan/persatuan pelajar

Kenapa berlakunya perkara sebegini? perlukah terpisah agama dari pemerintahan? perlu kah dipisahkan badan dakwah dari persatuan pelajar? Mungkin kerana ia nampak lebih ideal kerana tidak perlu berdepan dgn prosedur, kertas kerja etc , tapi ingatkah anda tentang firman Allah :

Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yg teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yg tersusun kukuh (As-Shaff 61 : 4)

Ya, memang benar, dakwah juga boleh dilakukan secara bersendirian & terpisah dari badan umum, tetapi adakah ianya benar-benar efektif? Saya yakin ada yang jawab YA, =) mari fikir sekali lagi...,

Kita memang tidak mampu utk hanya buat satu kerja dalam satu masa, sedar tak sedar anda sebenarnya memang seorg MULTITASKER, dalam berdakwah kpd muslims, kita juga bertanggungjawab berdakwah kpd non-muslims

Apa yang non-muslims fikir bila nampak berlakunya pemisahan badan dakwah dari persatuan pelajar? 'oo, org Islam ni memang asingkan agama dari pemerintahan.. . May Allah forbid Tak perlu cari jalan susah. Gunakan jalan yg sedia ada, MAXIMISE & CENTRALISE. Supaya lebih efektif insyaAllah =)

Pandangan saya lemah, oleh itu saya amat-amat mengalu-alukan pendapat dari anda semua, berilah komen secara matang. Sama² kita berkongsi pendapat demi ISLAM. Secara peribadi saya kurang gemar komen yang diberi sekadar menyatakan kontradiksi pendapat tanpa disertakan apa asas dan prinsip pemikirannya atau apa pendapatnya utk dikongsi bersama sebagai penambahbaikan. Pada saya, jika berlaku norma² yang kurang sihat seperti yang telah saya nyatakan di atas, saya nasihatkan.. baik tak perlu komen =), kerana HIDUP KITA JUGA UNTUK ORG LAIN, manfaatkan setiap saat, walau dalam memberi komen pada blog org lain. insyaAllah dirahmati Allah s.w.t. =)


Allahu'alam


~ imalia ~



The Beauty Within!

An elderly Chinese woman,, had two large pots.

Each hung on the ends of a pole,, which she carried across her neck.


One of the pots had a crack in it,,



While the other pot was perfect,, and always delivered a full portion of water.


At the end of the long walks from the stream to the house, the cracked pot arrived only half full.




For a full two years this went on daily,


with the woman bringing home,, only one and a half pots of water.

Of course, the perfect pot,, was proud of its accomplishments.

But the poor cracked pot,, was ashamed of its own imperfection,

And miserable that it could only,, do half of what it had been made to do.

After two years of what,, it perceived to be bitter failure,

It spoke to the woman one day by the stream.

I am ashamed of myself,

because this crack in my side causes water,, to leak out all the way back to your house.

The old woman smiled,

Did you notice that there are flowers,,

On your side of the path,, but not on the other pot's side?

That's because,, I have always known about your flaw,

So I planted,, flower seeds on your side of the path,

And every day,, while we walk back, you water them.

For two years I have been able to pick,,

these beautiful flowers to decorate the table.

Without you being just the way you are,

there would not be,,this beauty to grace the house.

Each of us has our own unique flaw.

But it's the cracks and flaws we each have,,

that make our lives together ,,so very interesting and rewarding.

You've just got to take,, each person for what they are,

And look for the good in them.

SO,to all of my crackpot friends,
have a great day and remember to smell,, the flowers on your side of the path!

And send this to any or all,, of your Crack Pot friends Insha Allah!

And Don't forget the,, Crack Pot that sent it to you!!

This e-mail is dedicated to,,

Our dear sister Katka from the Czech Republic,,Who has just became Muslim some hours ago!

My dear sister Katy, from the very bottom,, of My heart and every Muslim's heart,

We would like to first thank,, Allah Swt for guiding you to his straight path,

Then to Congratulate you and tell you...




Regards to brother Mirgani
Jum'atul Mubarakah =)


Allahu'alam

~ imalia ~


Monday, March 2, 2009

PETISYEN MEMBANTAH PPSMI




To: Kementerian Pelajaran Malaysia

PETISYEN MEMBANTAH PPSMI Petisyen kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.


PPSMI : Kembalikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.


Kami warga Malaysia, yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat, amat bimbang terhadap penghakisan kepada peranan Bahasa Melayu, terutama sebagai bahasa imu dan pendidikan, yang terus berlaku di Malaysia.


Pada tahun 2003 lalu, kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad telah memutuskan untuk meminda dasar pendidikan negara dengan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran sains dan matematik di seluruh Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan. Situasi ini sebenarnya menyebabkan kedudukan bahasa melayu semakin tergugat dan meniti saat-saat untuk lenyap dari tanah air kita sendiri.


Menurut Dasar Pendidikan Kebangsaan 1996, kedaulatan bahasa melayu harus dipertahankan sebagai bahasa teras dalam sistem pendidikan negara. Dasar tersebut dengan jelas menyatakan bahawa “dasar yang dinyatakan di atas akan dilaksanakan melalui suatu sistem pendidikan kebangsaan yang memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama”. Hakikatnya, jika dasar Pendidikan Kebangsaan ini tidak dipelihara, ia akan membebankan guru dan pelajar luar bandar untuk menggunakpakai Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.


Dalam pada itu, pelaksanaan dasar Pengajaran Sains dan Matemaik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilihat tergesa-gesa ini amat bertentangan dengan peruntukan undang-undang. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan atau bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam negara. Sementara itu, Seksyen 2 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) telah memberi definisi jelas kepada maksud sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan. Menurut Seksyen 2, Sekolah Kebangsaan ditafsirkan sebagai sekolah Rendah kerajaan atau sekolah rendah bantuan kerajaan— (b) yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.


Manakala, Sekolah Menengah Kebangsaan pula ditakrifkan sebagai sekolah menengah kerajaan atau sekolah menengah bantuan kerajaan - (b) yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.


Seksyen 17(1) Akta Pendidikan juga menyatakan “Bahasa kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini”


Adalah amat mengecewakan apabila pemimpin melayu kini sudah tidak memiliki sensitiviti untuk mempertahankan nasib bahasa kebangsaan dan dalam masa yang sama tidak menghormati peruntukan undang-undang tertinggi negara yang menjamin kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah. Dasar yang menjamin kedudukan bahasa Melayu yang diwariskan oleh pemimpin terdahulu juga sudah dianggap tidak relevan dan tidak dinali sebaik-baiknya.


Untuk memastikan agar kedudukan bahasa Melayu terjamin dalam negara ini dan tidak terus digugat, malah diangkat dan dimartabatkan, kami menyeru agar Kerajaan Malaysia :


• Mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran sains dan matematik di semua sekolah rendah kebangsaan dan menengah.

• Memelihara bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu dan perpaduan kaum.

• Menghormati dan menguatkuasakan sepenuhnya segala peruntukan undang-undang yang ada yang menjamin kedudukan bahasa kebangsaan.

• Mengekalkan dasar-dasar negara yang menjamin kedaulatan bahasa melayu yang diwarisi oleh generasi pemimpin terdahulu.


Kami, dengan ikhlas dan tegas, dan penuh rasa tanggungjawab percaya bahawa kemajuan negara akan tetap tecapai walaupun kita mengekalkan bahasa, budaya dan jatidiri kita yang tulin. Perlu disedari bahawa bahasa merupakan jiwa dan cerminan kepada bangsa dan jika tidak dipertahankan akan hilanglah jatidiri bangsa kita sebagai Melayu dan Islam.


Muhamad Faisal Abdul Aziz

Pengerusi,

Gerakan Anti PPSMI (GAP)


Alamat Perhubungan : Sekretariat PKPIM Pusat,

Kompleks Anjung Rahmat, Batu 6, Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur.


Tel : 03-61879520 Faks : 03-61842570


Email : spp@pkpim.net spp_pkpim@yahoo.com

Apa pendapat kalian berhubung isu ini? Ada cadangan-cadangan bernas utk penambahbaikan? Jom fikir2kan.. =)


Allahu'alam

~ imalia ~