Saturday, February 7, 2009

Kita melawan usia. Bolehkah ?

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ni dengan ketentuan daripada Allah s.w.t.. saya berhajat nak respon tentang satu sindrom yang agak bahaya yang menimpa sebahagian generasi muda macam saya. kadangkala sindrom itu membarah sehingga menyebabkan.. kita hilang motivasi, mudah give up dan lebih teruk lagi rosak mentaliti secara psikologinya

".. kisah kasih antara ibu dan anak, insyaAllah akan saya sambung dalam posting yang lain =).."

Ok, kembali balik pada fokus kita...

Hampir tiap hari kita akan mendengar keluhan mengadu tak larat daripada insan yang masih muda jiwanya.. tapi lagaknya seakan mereka yang telah dimamah usia. Inilah gambaran umum sindrom yang akan saya respon pada kali ini..

KITA MELAWAN USIA. BOLEHKAH ?

~~ jawabnya, sudah tentu boleh.. kan².. kan =)

Semasa kita kanak² dulu, selalunya memang kita aktif.. kadang² kita akan terdengar suara² sinis yang ditujukan kepada kita.. "budak nia hyper active ni..", "terlebih glukosa ni.. terlebih makan gula-gula ni.. tak boleh duduk diam langsung". "aishh.. rimas betul budak ni". dan macam² lagi versi ayat² dan ungkapan sinis. hyper active =).











Sifat aktif ni, berterusan sampai la kita remaja, kita tak boleh duduk diam, tak suka menyendiri, termenung je seperti ayam berak kapur, bak kata bidalan melayu la. Memang pantang hati kita tengok orang yang lembab. Yang perempuan dengan caranya.. yang lelaki dengan caranya.. tapi, sama² aktif. Contohnya la; masa sek. men. dulu, cikgu ajak je nak pergi mana², kita setuju je, kita la yang bawak senarai nama, nak cari orang yang nak join sekali.. tolong cikgu kutip duit untuk rombongan.. dan lain² lagi. Ringkasnya, cikgu boleh bagi idea dan goyang kaki je.. dapat anak murid yang aktif macam kita..

Sepanjang program tu, kita la yang susun jadual, nak buat apa.. kita cakap kat cikgu " tak boleh macam tu, cikgu kena buat macam ni.." lepas tu, tau cikgu kata apa.. angguk dan tersengih je, tanda suka. Dua tiga hari sebelum pergi, kita sibuk ingatkan kawan² kita.. jangan lupa pergi.

Ringkasnya la.. tak nak cerita panjang² nak buat analogi terus.. bermula dari keluarnya perkataan dari mulut cikgu nak ajak pergi jalan² kat mana², sampai la habis.., kita la yang berlari ke sana ke mari.. kita la yang terbongkok².. sanggup berpanas, berhujan dan macam² lagi semata² untuk menjayakan idea cikgu tu. Walaupun letih, keadaan macam tu sikit pun tak menjejaskan kita.. lagi suka ada laa. Jiwa muda la katakan. Masa tu kita memang hebat.. tapi, tu dulu la.. dulu.. sekarang macam mana plak? =)

Sekarang kita dah tak sanggup nak buat semua tu, kurang dah minat untuk benda² macam tu. "memenatkan je, meletihkan je..". biarla org lain buat, kalau kita tak buat, ada la orang lain buat. Orang lain pun cakap macam tu jugak.. saling mengharap. "ada la tu nanti, tengok je la, mesti ada punya" itu la yang kita cakap hari demi hari.. (Sebahagian dari symptom² sindrom orang muda perasan tua..) =).

Kita dah mula berkira penat lelah. Kenapa kita sahaja yang sibuk, sedangkan orang lain rileks je, duduk menyandar.. ada jugak yang langsung tak datang kalau disuruh datang. Mesyuarat umpamanya, kita tak payah la nak buat sibuk, tak de maknanya semua tu.. buat meletihkan badan je.. agaknya macam ni jugak la yang difikirkan oleh orang lain dulu.. semasa kita jadi juara.. orang penting dalam segala keperluan, harapan agama, bangsa dan negara. Padan la.. kita nampak sibuk sangat, mengalahkan orang penting yang sebenar. Tapi pada masa yang sama kita tengok orang lain biasa je.. selesa je duduk bersantai.. macam tak de perasaan je..

Apa yang pasti faktor usia telah menenggelamkan kita ke dunia 'tak pe'. kita dah malas nak bersaing, dah tua. kita rasa tak layak lagi nak buat² sibuk, kita dah tua. kita biarkan je orang muda buat, sebab kita dah tua (kononnya la, padahal baru jadi senior peringkat bachelor.. bukannya betul² tua.. =). Oleh kerana kita dulu pernah jadi muda, jadi kita tau kemampuan orang muda. Sekarang ni biarlah kita melayan usia tua kita. (Suku abad pun tak sampai lagi.. dah perasan tua. Silap² akan merugikan tenaga kerja ISLAM)

Dua tiga paras kat atas tu, menunjukkan kita pasrah pada takdir. Kita pesimis dengan situasi. Kita tak melawan halangan. Kita jadi down. Kita dah hilang talent... dan kita, kita, kita.. yang negatif semuanya..

Kenapa hal macam ni boleh jadi? Mengapakah kita bersikap bagaikan kita bukan kita yang dulu? kita dah jadi orang lain ke? Usia dan jiwa muda seakan tidak dihargai kerana mentaliti kita telah dijangkiti barah PERASAN TUA.. na'uzubillahi min zalik.

Bolehkah kita bangkit dan keluar dari kepompong ni? ada sorang tu cakap; "kita akan jadi lebih tua daripada usia kita jika kita fikirkan kita sudah tua.. sepatutnya apabila kita semakin meningkat tua, kita mesti anggap kita semakin muda".. sebab umur yang diperuntukkan untuk kita dah makin sikit, semakin berkurangan.. semakin hampir pada expired datenya. Kita mesti buat apa sahaja.. macam masa kita nak exam.. semakin dekat dengan exam, semakin kuat usaha kita, masa tak boleh dibazirkan langsung.. rugi. Macam tu jugak la hakikat hidup ini. Beramal dengan bersungguh untuk capai keredhaan
Allah s.w.t sebelum kematian datang menjemput kita. Usaha beramal sentiasa digandakan tiap hari.. Jasa² untuk Islam diperbanyakkan.. langkah² kita dibuka luas mengatasi orang yang masih banyak bekalan umurnya.. tapi, bolehkah?

bolehkah... kita melawan usia tua kita? insyaAllah blh.. kan².. kan =)


Allahu'alam



~ imalia ~




Wednesday, February 4, 2009

Sejarah kita dan Ibu, bagaimana?


".. terigtkan time sms ngn mama...", rasa tak sedap hati je.. setiap kali teringat kat mama sekarang ni.

kalau saya tengah happy sekarang ni.. mama macam mana? happy jugak ke...? saya tau mama tak kan zahirkan kesusahan dia pd setiap masa kat saya.. coz dia tak nak bebankan saya. tapi kerana tautan yang kuat antara naluri ibu dan anak saya tau dan saya blh agak perasaan mama.

pipi memang akan terasa hangat bila kita dengar berita yangg baik dan menenangkan dari ibu kita. tapi.. hakikatnya keadaan begitu hnya dapat dirasai sementara je. risaukan mama membatasi segalanya.

ibu kita tak pernah mntk untuk dibalas jasanya.. hnya kita yang kadang² tak sedar, ibu sedang menanti belaian kasih dari kita.

saya dan mama hnya sebuah kisah realiti kehidupan dari ribuan kisah tautan kasih antara ibu dan anak. Anda bagaimana.. ?

sama² kita bina sejarah tautan kasih sayang yang paling indah antara kita dan ibu kita. Sayangi Ibu.

Allahu'alam


~ Imalia ~

Golakan perasaan mereka, kita peduli?

" Emm, tu la.. Dadil nampak mama menangis dalam solat, sebak Dadil..... "

Senyuman yang terukir di bibir saya sebentar tadi lesap. Sms sebelum tadinya mendatangkan ceria kini mengundang duka. Seribu satu persoalan datang menerjah. ' Kenapa mama menangis? '. Hati saya semakin meronta.

Semenjak 2 minggu yg lepas, hampir setiap malam saya dan mama bersms, bermula dari jam 8 jam di Czech (3 pagi di Malaysia) hingga ke 2 pagi Czech. Di setiap sms mama, dpt saya bau kesedihan yg mama rasa. Tapi mama tak pernah bercerita secara terang.

" Salam alia syg..awak tgh study ye, maaf la mama mengganggu. Mama baru lps tahajjud, mama dah doakan alia, anak2 mama, muslimin muslimat di seluruh dunia juga.......... Mama rindu awak sangat2"

" Waaa, bagusnya mama, sejuk perut alia dgr, hehe macam alia pulak yg lahirkan mama...emmm, alia rindu mama sgt2 jugak =) " . Saya cuba buat sedikit lawak, utk mendendangkan hati wanita itu.

" Tak kisah la siapa yg lahirkan siapa, janji bahagia.......... " balasan sms mama seakan tidak menyambut lawak yg cuba saya buat.. Kali ni saya benar2 sedar mama dilanda kesedihan.

"..... Alia tolong mama ye"
" Tak pe la syg, mama tak nak susahkan anak2 mama, mama nak anak2 mama bahagia"

Allah...murni sungguh hati wanita yg bergelar ibu itu. Boleh dirasa bebanan perasaan seberat batu yg dipikul mama.

Seharian badan saya menggeletar, di tengah malam saya kuatkan diri mengambil telefon bimbit utk menghantar sms pada mama, 'kenapa rasa tak sedap hati ni?'.... " Salam mama syg, mama ok ke? Alia rasa tak sedap hati, badan alia menggigil dari pagi, alia tak tau kenapa "

Lama saya menanti balasan dari mama, makin berdengup laju jantung saya. Buku di tangan tidak saya beri perhatian.

..................

Tet..tet... Sekilas pantas telefon itu saya sambar.

" Alhamdulillah, mama ok alia syg. Mama dkt rumah toksu lagi ni, mama harap tak de apa2 yg berlaku, alia jaga diri ye "

Pipi terasa hangat. Alhamdulillah.....

Golakan perasaan mereka, kita peduli?


Allahu'alam




¬Imalia¬


Monday, February 2, 2009

Saya yakin dengan Allah, anda?

Gambar yang diambil dari asrama sewaktu di tahun pertama

Bismillahirrahmanirrahim...


Ks ding : Ali...hehe
Alia : Tahniah, passed la tu
Ks ding : hehe..Tuhan banyak tolong la..all the best utk Microb exam juga, Tuhan pasti tolong



Dialog yang tercetus di Yahoo Messenger antara saya dan rakan sepengajian dan juga jiran hadapan rumah, Ezra Ding Kai Sing. Walaupun dia nampak agak tidak serius, tapi seringkali tidak lekang dari mulutnya "Tuhan banyak tolong la.." Saya tersenyum, bagus benar pemikirannya. " Moga beroleh hidayah suatu hari nanti Ezra"

Mudah benar perut ini kecut tatkala memikirkan peperiksaan yang bakal dihadapi. Oral exams. Cukup menggentar hati. Bila berhadapan dengan manusia, ia adalah sesuatu yang subjektif, berbagai kemungkinan ada.

" Seronok kwn2 yg exam bertulis, MCQ. Tak perlu berhadapan dgn Prof " kata seorang rakan


Benar ke penyataan macam tu? Tiada siapa yg boleh beri jawapan yg tepat. Susah memikirkan perkara yang tidak akan mungkin mampu untuk digapai dek fikiran, maka janganlah memilih untuk memikirkannya. MilikNya jualah segalanya ; dari hati Prof yang mengendalikan peperiksaan oral ke Prof mahupun komputer yang menyemak kertas jawapan.


Jadi macam mana ye?

'JUST DO YOUR PART & LEAVE THE REST TO ALLAH..HAVE FAITH'

'THE EFFORT WHAT COUNTS'



Saya yakin dengan Allah :

  • Dialah Tuhan yang telah menciptakan manusia & mengajarnya pandai berbicara (Ar-Rahman 55 : 2-3)
  • Dia Tuhan yang sama yang telah memberi saya rezeki
  • Dia juga Tuhan yang sama yang telah menyelamatkan saya tatkala terlepas flight dan tinggal keseorangan di tempat yang asing bagi saya di Birmingham
  • Tuhan yang telah menyelamatkan saya tatkala tersesat di Jerman
  • Tuhan yang sama yang telah menghantar saya untuk belajar ilmu perubatan di Czech Republic
  • Tuhan yang sama yang telah menyelamatkan kami sekeluarga dari nahas jalan raya
  • Tuhan yang sama yang telah memudahkan jalan saya untuk menyambung pengajian ke tahun seterusnya
  • Tuhan yang sama yang telah memberi saya keupayaan untuk menulis & kemampuan untuk memiliki laptop
  • Tuhan yang sama yang telah memberi kemenangan kepada rakyat Palestin walau teruk dilanyak Israel durjana
  • Tuhan yang sama yang telah menjanjikan kita kemenangan di masa hadapan

Tenang melihat sinar harapan dariNya
-

Pemandangan dari asrama


"Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan" (Al-Insyirah 94 : 7)


Saya yakin dgn Allah, anda?


Allahu'alam


¬ Imalia¬



Saturday, January 31, 2009

Tragedi Gaza mengajar kita

Salam alaikum wbt..

Sedih. inilah satu ungkapan kata yg ckup ringkas bila aku fikirkan terlalu kecil dan sedikit sumbangan aku utk pertahankan maruah Saudara Se'Islam' Kita di Gaza.

Bkn senang utk realitikan falsafah "Hidup Kita Juga Untuk Org Lain". Walau mudah ditutur, mudah dilafaz.. tapi hakikatnya sgt susah utk aku buktikan paling kurg pada diriku.. bahawa kebahagian dan keamanan hidup yg aku kecapi selama ini juga adalah.. hak yg sama mesti dirasai oleh Saudara seIslam kita di Palestin.. moga Allah s.w.t rahmati segala usaha baik kita. Ameeen.

Kini aku cuba bersuara, luahkan segala mcm rasa yg terbuku di hati, yg memenuhi ruangan akal dan yg kadangkala menghantui fikiran..

Letih jika difikirkan sorang².. harap ada yg akn bntu dlm usaha ini..

Tragedi Gaza.. diserang, Islam dan Umat Islam dijajah 'Pengganas Israel' cukup byk mengajar kita..


Hari ni, Aku seru diri aku.. dan juga kpd semua yg sedar, yg perihatin.. "LET US UNITE FOR PALESTINE". Hidup kita juga untuk mereka. Belajar menjiwai hati dan perasaan mereka.. insyaAllah akn menjadikan falsafah yg aku tanam dlm mindaku.. menjadi sebuah realiti.
Korbankan sbhgian jiwa dan harta kita.. untuk mereka. sebagaimana firman Allah s.w.t dlm surah at-Taubah ayat 111 yg bermaksud "Sesungguhnya Allah s.w.t telah membeli dari orang² yg beriman, diri dan harta mereka dgn memberikan syurga (sbg ganjaran) untuk mereka..."


Allahu'alam



~ Imalia ~

Friday, January 30, 2009

Penting ke celik?

Salam alaikum wbt...

hehe, tergelak..terlalu banyak perkara berputar sekitar kepala, terlalu banyak hendak dikongsi, hendak menulis, telah mencuba, rupa-rupanya belum celik menggunakan blog yang telah lama tersedia..

Seakan dada terasa terhimpit, dengan jadual yang ketat, dengan tanggungjawab yang berat, sarat...

Teringat benar akan kata-kata Imam Hassan Al-Banna : " Tanggungjawab lebih banyak dari masa yang ada"...Allah, benar sungguh..

Namun, tidak menjadi alasan untuk tidak turun padang, aku yakin dengan jalan ini, jalan menujuNya... 'NEVER RETREAT, NEVER SURRENDER' , biar hebat dicengkam ujian, biar perit dilanda kesedihan..inilah jalan menujuNya..menujuNya

Perkongsian yang diharapkan dapat memberi manfaat kepada yang lain..kerana hidup kita juga untuk orang lain.. Jaga Islam, Jaga Iman

Allahu'alam


~ Imalia ~