Tuesday, April 7, 2009

Allah kejutkan saya =)


"Salam 'alaik mama, hehe, tlg miscal Alia sampai Alia reject kol 1030am Msia blh? tq mama =)"

Tidur yang akhir2 ini agak tunggang langgang kembali ingin saya betulkan. Dengan hajat ingin bangun pada jam 430am (yg menjadi mangsa ialah mama =p, tq ma kejutkan) utk memulakan aktiviti harian & sujud menyembah di waktu yg berbaki sebelum tiba fajar.

Moga punya kekuatan utk istiqamah dalam ibadah yg baru setahun jagung bersemadi dalam diri saya, ameen =).. Kalian juga begitu ya, insyaAllah

Tapi kali ini tidak cukup hanya mama yg dimangsakan menjadi 'jam loceng', seorg shbt yg sudah biasa berjaga dlm memburu redhaNya turut sama menjadi sasaran.



Bismillah..saya mula memejam mata pada sekitar hampir jam 1 pagi. 'Empuk katil ni, tapi nakal juga ya blh buat org berat memisahkan diri dari tarikan yg kuat padanya. Moga Allah pelihara, ameen'

Mata saya terkedip2, telefon bimbit lekas saya capai.. 'Haa, Alhamdulillah satu pencapaian, hari ini, saya yg kejutkan telefon bimbit saya =)'.. Jam handphone menunjukkan pukul 426am. terasa seperti mahu miscal mama & shbt yg menjadi 'jam loceng' jarak jauh saya. Saya tersenyum sambil menanti miscall dari mereka

Allah kejutkan saya =), hari2 lain begitu juga, adakala secara terus, adakala melalui org perantara.. Cuma hari ini terasa bertambah luar biasa.. Walau dalam kekurangan tidur, tapi nikmatnya hanya Allah yang mampu ukur.. Alhamdulillah =)



Terima kasih Allah =)


Katakanlah, "Roh itu termasuk urusan Tuhanku,
sedangkan kau diberi pengetahuan hanya sedikit"

(Surah Al-Isra' 17 : 85)

Allahu'alam

~imalia~

2 comments:

segelasair said...

salam sis..sihat?kejutkan saya juga boleh?..hee..=)

hazirah said...

Alhamdulillah..Allah sayang bangat pada Alia... =)

Doakan Allah kasih pada kita juga, di kala diri berusaha untuk mengejar dan mendamba cintaNya,insyaAllah...

Rindu kamu.. =D

-Salam sayang dr bumi Shamrock-