Thursday, January 21, 2010

5 Safar...


24 tahun yg lepas, tarikh ni, 5 Safar 1407H, saya dilahirkan :)

Alhamdulillah :

1) Bermakna bertambah usia saya

2) Dan saya semakin berkurang hidup di dunia & semakin menghampiri mati


Tidak mengharapkan sebarang ucapan hari lahir :) , TETAPI TERLALU MENGHARAPKAN kita sama2 menghidupkan kembali kalendar Hijriyah/Qamari :)

Mari sambut hari lahir menggunakan kalendar Qamari :)


Anda nak tahu bila anda lahir menurut kalendar Qamari? klik :)


Allahu'alam
Fi Amanillah

~ imalia ~

Monday, December 14, 2009

Hadapi Ujian Dengan 'Cool'!


Adakah anda rasa down memikirkan ujian yg bertimpa2 dtg? Mari, kita sama2 beri peringatan pada diri ;)

1. Senang & susah adalah ujian dari Allah swt

'Setiap yg bernyawa akan merasakan mati. Kami akan meguji kamu dgn keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kpd Kami '

(Surah Al-Anbiya' 21 : 35)

- hooo, ayat ni SGT JELAS menyatakan kedua2 keburukan & kebaikan adalah ujian

- korang rasa cane? ujian yg susah atau yg senang lebih byk membantu kita dkt kpd Allah swt? ;) Jwpn dia senang,

e.g kalau dompet kita kena curi, apa kita kata mula2? contoh ayat --> Ya Allah, dompet aku hilang..

e.g kalau kita pass exam? contoh ayat --> nasib baik aku sempat cover soalan tu..


2. Ujian tingkatkan kutipan mata, yeah!

Daripada Anas b.Malik daripada Rasulullah bersabda:Besarnya pahala bergantung kepada besarnya ujian,dan sesungguhnya apabila Allah menyenangi suatu kaum,Dia menguji mereka.Barangsiapa yang redha (atas ujian yang ditimpa) maka Allah meredhainya,dan barangsiapa yang marah,maka Dia marah

[HR.Ibnu Majah : 4021,,dinilai hasan oleh al-Alban]

- bila dpt markah tinggi time exam, kita seronok kan? bila dpt pahala byk, kita patut LEBIH seronok ;) sbb dpt first-hand punya reward dari Allah swt, caya lah! ;)


3. Ujian sebagai quality control kesyukuran kita kpd Allah swt

Ibnu Abbas berkata : “ Allah telah menguji kalian dengan kesengsaraan dan kenikmatan,sihat dan sakit, kaya dan fakir, halal dan haram, taat dan maksiat, petunjuk dan kesesatan.

[Muhammad ibn Jarir at-Thobari , Jami`ul Bayan fi Ta`wil al-Quran : 18/ 440]

Ibnu Zaid rahimahullah berkata ketika menafsirkan ayat di atas berkata : “ Maka Kami(Allah )menguji mereka dengan perkara yang disenangi dan perkara yang dibenci.Kami uji mereka dengan ujian ini agar kami melihat dengan nyata,apakah mereka bersyukur ketika mendapatkan kesenangan dan apakah mereka bersyukur ketika ditimpa musibah."

[Muhammad ibn Jarir at-Thobari , Jami`ul Bayan fi Ta`wil al-Quran : 18/ 440]

- okeh, meh saya cuba bagi analogi mudah, ada org mungkin lakukan mcm2 perkara utk menguji kesetiaan/kesungguhan seseorg terhdp dirinya..jadi perkara yg sama juga diaplikasikan di sini, Allah swt beri mcm2 ujian utk nilai kesungguhan hamba2Nya mengejar redhaNya, cool kan? ;) jadi..hadapi ujian dgn cool! :)

Akan bersambung.. insyaAllah :)

Allahu Ta'ala 'Alam

~ imalia ~

Thursday, October 1, 2009

SUPER BONUS!!!! (seriously)


Can you fast 365 Days?!!


I guess one year of fasting is a
Mission Impossible!!




Now! Do you want to gain the,,
Credit of fasting a Whole year....



In just 6 days?!!!


Surprised?!!!


Well don't be...!!


The way is very simple....



Abû Ayyûb al-Ansârî relates that Allah's Messenger (peace be upon him) says: "Whoever fasts the month of Ramadan and then follows it with six days of fasting in the month of Shawwâl, it will be as if he had fasted the year through." [Sahîh Muslim (1163)]



It is related from Thawbân that the Prophet (peace be upon him) said: "The fast of Ramadan is like observing ten months of fasting. Fasting six days of Shawwâl is like observing two months of fasting. This together is like fasting throughout the year."[Sahîh Ibn Khuzaymah (2115) and Sunan al-Nasâ'î al-Kubrâ (2860)
– and authenticated by al-Albânî]




Question:
When is the month of Shawwal ??



Answer:
Shawwal (شوّال) is the tenth month on the Lunar
Islamic calendar ;the month after Ramadan.
i.e we are now in the month of Shawwal!



Qusestion:
Do I have to fast the six days one after the other?

Answer:

It is not a must to fast the 6 days in a Consecutive Manner.
You can fast any 6 days in the month of Shawal Insha Allah.



Wishing you all Success in fasting those Mubarak days...


And in gaining the fasting of a whole year,,
in your good deeds account Insha Allah!


How about reminding others...?


& Gaining not just one year of fasting in your
good deeds account, but many years Insha Allah!!



Just by forwarding this Insha Allah!!


Who leads to any good gets the Same reward!



Regards to Brother Mirgani


Sunday, September 6, 2009

Kejayaan Sebenar Di Mata Allah SWT


Jangan pandang kegagalan sebagai suatu perkara yg negatif



'... Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui '

(Surah Al-Baqarah 2 : 216)


Entah bagaimana, di mana dan apa punca wujudnya pemikiran yg mengatakan bhw kegagalan itu adalah suatu perkara yg negatif. Mungkin kegagalan ditafsirkan begitu bila mana keinginan yg kuat utk memiliki sesuatu tidak tergapai, Allahu'alam


Yg sepatutnya di'highlight'kan sebagai negatif ialah ketidakmampuan menerima kenyataan bila berhadapan dgn kegagalan & cuba lari dari mslh


Mari berfikiran sihat, jangan ada buruk sangka pada Tuhan =)


Sejarah Diri : Mari Corakkan Sendiri

Ini hidup anda, ini sejarah diri anda. CORAKLAH IA DGN BIMBINGAN AGAMA. InsyaAllah akan selamat, PASTI!


'... Allah pasti akan menolong org yg menolong agamaNya. Sungguh, Allah Maha Kuat, Maha Perkasa '

(Surah Al-Hajj 22 : 40)


Siapakah org2 ini? [Meh, bukak Quran kejap, rujuk surah sama, ayat seterusnya ;) ]


Jika kita memilih utk menjadi org yg cpt berputus asa, terpulang

Jika kita hendak menjadi seorang yg memandang kegagalan sebagai perkara yg negatif, terpulang

Jika kita memilih utk menjadi org yg lemah bila dtg ujian, terpulang


Jika ada yg memilih utk meragui rencana yg telah disusun oleh Al-Khaliq, what more can I say? May Allah forbid that, ameen


'... Dan janganlah kamu (merasa) lemah dan jangan (lupa) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu org beriman '

(Surah Ali-'Imran 3 : 139)

'... Kami akan menguji kamu dgn keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kpd Kami '

(Surah Al-Anbiya' 21 : 35)


Pandangan Allah vs Pandangan Manusia

Pelik bagaimana manusia lebih mementingkan pandangan manusia daripada pandangan Yang Maha Kuasa

Kejayaan di mata manusia BELUM TENTU ianya kejayaan pd pandangan Allah swt

Dalam kehidupan sehari2, parameter mana yg kita guna utk menilai sesuatu? Pandangan manusia atau pandangan Sang Pencipta? FIKIRKAN KEMBALI!




DONT UNDERESTIMATE THE POWER OF DUAA


Allahu'alam

Wassalamualaikum wbt

~ imalia ~


Wednesday, August 5, 2009

Darah Anda Bkn Milik Anda


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh =)

Apa khabar? Harapnya sihat sentiasa dlm kesungguhan yg amat utk memelihara nikmat Islam & Iman, ameeeeeeeennnnn

Anda kenal gambar di bawah ni???

Bangunan utama HTAR (Hosp Tengku Ampuan Rahimah a.k.a Klang General Hospital)


Tapi itu dulu, sekarang...


Alhamdulillah, dah tambah bangunan baru =)

Terlalu byk jasa hospital ni, terlalu byk kes2 yg telah diselesaikan. Namun....


Ternyata mmg kurang org yg menderma darah..hmmmm


27 July 2009

' Ramai org derma darah kak? '

' Tak dik, skit je ' (sy tgk pada senarai, kalau ikut termsk darah sy yg ditest, hny sekitar lima utk hari itu)

' Maaf dik, adik tak lps nk derma, Hb adik rendah 11.1, kita perlu min 12.5 '

' Adei, cane blh rendah ni? '

Mama yg berada di sebelah terkekek gelakkan saya. Masakan tidak, tadinya saya bersungguh tertawakan dia sbb tak lepas nk derma darah krn Hb nya 12.3.. 'Tula, gelakkn mama lagi,hehe' .. Saya tersipu2 menahan malu.. 'Adei...'


4 Ogos 2009

' Hai kak, sy nk derma darah '

' Ooo, ni adik yg tak lps nk derma darah, sekali dgn mak pn tak lps tu kan? '

' A ah, betul la tu ' (hebat kakak ni ingt, kiki) ' Ramai org derma darah kak hari ni? '

' Tak dik. Tak sampai 5 org pun '

' Ok, adik lps utk derma '

---------------------------------------------------------------------------------------

' Assalamualaikum mak cik, sy nk derma darah '

' Baik, adik duduk dlm dulu '

' Ramai org dtg derma darah dkt sini mak cik? '

' Tak ramai pn dik '

Memang tak ramai yg menderma...tapi ramai yg memerlukannya...


' Adik derma darah biasa kan? ke Apheresis? '

' Apa tu makcik? ' (saya pn tak tau, hehe)

' Ni kaedah yg kita guna utk ambil cecair badan (plasma) dan platelet tanpa ambil sel darah merah. Kaedah ni lebih lama berbanding yg biasa, 1 jam mcm tu. Tak ramai yg derma guna kaedah ni, sepjg mak cik kerja dkt sini, belum ada perempuan yg derma '

' Kenapa mcm tu makcik? '

' Utk derma ni, perlu perempuan yg beratnya min 60kg dan tak lebih 60 thn '

' Agknya sbb tu tak ramai wanita derma kot makcik, sbb yg muda2 yg nk derma mungkin xtahu adanya kaedah ni atau pn berat tak sampai, hehehe '

' Mungkin la kot dik ye. Tp kalau nk derma memang kena byk minum air. Utk dptkan 1 bag cecair badan tu, kita perlu ambil dari 7-8 bag darah biasa tu, memang mahal, kurang pulak org yg derma kaedah mcm tu '

Pulanglah kamu ke tanah air wahai pljr medic & rebutlah peluang utk menderma darah

6 beg darah ni...


campur dgn lagi 2-3 beg ni...

baru dpt hasilkan 1 beg cecair bdn (plasma)

' Anak makcik tak nak derma darah ni, puas dah makcik pujuk, makcik ckp dkt dia, mak keje dkt sini, along dtg la derma darah '

' Tarik je makcik, hehe ' (tak pn cucuk je amik darah die, hehehe, yg ni saya bermonolog sendirian, hehe)

Mari..main peranan anda.. Lakukan sesuatu

Darah yg kita sangka kita miliki ni pun, bukan milik kita & tiada sebarang persetujuan diperlukan utk menyokong penyataan tadi =)

Sebelum kita yg menjadi mangsa atau mata terus lena selama2nya, teruskan mencari segenap ruang utk menyumbang ;)

Kepada pelajar luar negara khususnya, yang sudah atau bakal berada di tanah air, dermalah darah krn sesungguhnya anda bakal menderma kpd yg memerlukan & kpd diri sendiri utk saham di kemudian hari =)



Mereka memerlukan kita...

HIDUP KITA JUGA UTK ORG LAIN


Allahu'alam

~ imalia ~


Friday, July 17, 2009

TADABBUR AL-QURAN : SIRI 4


TERBAIK UNTUK ALLAH

Ramai manusia yang mahu menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah. Pun begitu, tujuan mereka menginfaqkan harta itu pelbagai. Ada yang infaq sememangnya mencari redha Allah; bahkan wujud juga bukan kerana Allah, tetapi mempunyai tujuan-tujuan dunia.

Infaq dengan tujuan dunia adalah infaq yang ditolak oleh Allah SWT, menyebabkan segala harta yang diinfaqkan itu tidak ada nilai ketika mengadap Allah SWT di akhirat nanti.

Antara sebab infaq itu ditolak oleh Allah SWT adalah, apabila infaq yang dilakukan itu dengan mengeluarkan harta yang penginfaq itu tidak berkeinginan kepada harta tersebut.

Firman Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا أَنْفِقُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا كَسَبْتُمْ وَمِمَّا أَخْرَجْنَا لَكُمْ مِنَ الْأَرْضِ وَلَا تَيَمَّمُوا الْخَبِيثَ مِنْهُ تُنْفِقُونَ وَلَسْتُمْ بِآَخِذِيهِ إِلَّا أَنْ تُغْمِضُوا فِيهِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ

Maksudnya;
”Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan allah) sebagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu menafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mau mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah, bahwa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji”

(Surah Al-Baqarah : 267)

Menurut mufassirin yang muktabar seperti Imam ibnu Kathir dan Imam Fakhr Ar-Razi; ayat ini diturunkan berkenaan dengan orang-orang ansar yang mempunyai kebun kurma. Apabila datang musim menuai, banyak hasil tuaian yang berjaya dijual, bahkan terdapat juga sedikit hasil tuaian yang tidak laku dalam jualan.

Memandangkan di masjid Nabawi terdapat satu golongan manusia yang disebut sebagai Ahli Suffah; yang sering berzikir dan bermunajat kepada Allah. Mereka ini adalah manusia yang miskin, sehinggakan makan dan minum mereka benar-benar tertakluk kepada tawakkal mereka terhadap Allah.

Melihat keadaan itu, ada sebilangan orang-orang ansar yang mempunyai kebun kurma, membawa setandan kurma yang tidak laku dalam jualan. Mereka menggantungkan kurma yang bertandan itu di masjid Nabi SAW.

Tindakan mereka ini tidak bertepatan dengan kehendak Allah, menyebabkan mereka ditegur oleh Allah dengan menurunkan ayat 267 dari surah Al-Baqarah.

..........

Dalam ayat ini, Allah memulakan bicaranya dengan menyebut ”wahai orang-orang yang beriman”, menunjukkan bahawa infaq yang mempunyai nilai disisi Allah hanyalah infaq dari orang yang beriman sahaja.

Adapun orang kafir, sebarang infaq mereka tidak akan bernilai disisi Allah SWT, melainkan setelah mereka mengucapkan dua kalimah Syahadah; sebagai penyaksian jelas atas keislaman mereka.

Daripada Abu Said Al-Khudri, Sabda Nabi SAW;

إِذَا أَسْلَمَ الْعَبْدُ فَحَسُنَ إِسْلَامُهُ كَتَبَ اللَّهُ لَهُ كُلَّ حَسَنَةٍ كَانَ أَزْلَفَهَا وَمُحِيَتْ عَنْهُ كُلُّ سَيِّئَةٍ كَانَ أَزْلَفَهَا

Maksudnya;
”apabila sesoerang hamba itu telah masuk Islam, lalu dia mencantikkan islamnya itu, nescaya Allah akan menulis baginya (memberi pahala) semua kebajikan yang telah lalu, dan menghapuskan segala kejahatan yang telah lalu[1]

...............

Ulama berselisih dalam menafsirkan maksud ”infaqlah”. Ada ulama menyatakan, suruhan tersebut adalah difokuskan kepada infaq yang wajib (baca : Zakat). Alasan mereka adalah, kalimah ”انفقوا” itu dalam bahasa arab disebut sebagai “فعل الأمر” atau disebut “suruhan”

Dalam pengajian ilmu Usul Fiqh, semua nas dari Al-Quran dan hadis, apabila wujud suruhan, menunjukkan amalan tersebut adalah wajib, selagimana tidak wujud qarinah yang menukarkannya kepada yang lainnya.

Ada ulama lain pula menyatakan, suruhan dalam nas ini bukanlah merujuk kepada infaq yang wajib, tetapi merujuk kepada infaq yang sunat. Alasan yang dikemukakan adalah merujuk kepada sebab turun ayat ini yang telah disebut di atas.

Alasan lain yang dikemukakan adalah hadis Ibnu Abbas; yang mana, seorang lelaki telah datang membawa setandan kurma yang sudah busuk untuk dijadikan sebagai sedekah. Apabila melihat kejadian itu, menyebabkan baginda SAW terus menyebut;

بئس ما صنع صاحب هذا

Maksudnya;
“alangkah buruknya kelakuan tuan kurma ini”

Memandangkan Baginda SAW menyatakan sedemikian, menyebabkan ulama menafsirkan bahawa kenyataan Nabi itu sebagai mencela perbuatan lelaki tersebut adalah celaan yang makruh. Ekoran dari itu, suruhan dalam ayat ini adalah suruhan yang sunat; bukan suruhan wajib.

.............

Harta yang hendak diinfaqkan itu hendaklah dipastikan baik. Maksud dengan harta tersebut baik adalah, hendaklah harta tersebut halal. Bermaksud; Memandangkan sedekah merupakan sesuatu yang mulia disisi Allah, maka adalah sesuatu yang amat tidak wajar, apabila infaq yang dilakukan itu dengan menggunakan harta haram.

Sabda Nabi SAW;

مَنْ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ مِنْ كَسْبٍ طَيِّبٍ وَلَا يَقْبَلُ اللَّهُ إِلَّا طَيِّبًا

Maksudnya;
“tidaklah seseorang itu bersedekah dengan sesuatu sedekah daripada usahanya yang baik melainkan Allah tidak akan terima itu kecuali daripada yang baik juga[2]

Jika mahu diajukan analogi; kita memberi infaq ini merupakan kita memberikan harta kita kepada Allah, walaupun dilihat pada reality alamnya yang menerima itu adalah orang miskin dan sebagainya. memberi harta kepada Allah adalah dengan tujuan untuk menghampirkan diri kepada Allah SWT. Ekoran dari itu, pasti kita akan memberikan yang terbaik.

Hal ini seperti kita mahu berdampingan dengan raja yang hebat, pasti kita memberikan sesuatu kepada raja tersebut dengan sesuatu yang kita paling baik; yang paling kita sayang.

Disisi Allah, sesuatu yang baik itu bukanlah penilaian kita yang mengatakan baik, tetapi hendaklah dinilai baik dari pandangan Allah SWT.

Oleh itu, Maksud dengan harta yang baik adalah, harta yang memberikan kecenderungan baik kepada pemilik harta daripada sudut akal, agama dan syahwatnya.

Bermaksud; harta-harta yang dimiliki itu tidak difikirkan untuk dihabiskan melainkan kepada tempat-tempat yang diredhai Allah SWT sahaja.

Ekoran dari itulah, apabila mereka melihat orang-orang yang miskin (baca : memerlukan), jiwa mereka akan terkesan, seterusnya mereka akan melakukan infaq.

Hal ini merujuk kepada sabdaan Nabi SAW ketika mengutuskan Muaz bin Jabal dengan kata Baginda SAW:

أعلمهم أن عليهم صدقة تؤخذ من أغنيائهم وترد إلى فقرائهم وإياك وكرائم أموالهم

Maksudnya;
“Ajarlah kepada mereka, bahawa wajib ke atas mereka sedekah diambil daripada orang kaya dari kalangan mereka, lalu diberikan harta itu kepada orang-orang fakir dikalangan mereka. hindarkanlah diri kamu daripada kemuliaan harta mereka”

Juga, harta yang baik itu adalah harta yang terhasil dari usaha kita sendiri. Bermaksud; harta yang terhasil dari usaha orang lain, lalu diberikan kepada kita, seperti harta suami yang dijadikan infaq oleh isteri, maka harta itu adalah harta yang baik, tetapi kualiti baiknya tidak sama seperti harta yang terhasil dari usaha dia sendiri.

Oleh itu, jika si isteri ingin melakukan infaq, tetapi dengan menggunakan harta si suami, pahalanya tidak sama seperti si isteri itu menginfaqkan harta dari hasil tangannya sendiri.

……………….

Adalah suatu larangan dari Allah (baca : makruh) jika kita menginfaqkan harta kita dari harta-harta yang tidak elok; yang kita sendiri tidak meminatinya.

Sebab itulah, Allah menyatakan;

وَلَا تَيَمَّمُوا الْخَبِيثَ مِنْهُ تُنْفِقُونَ وَلَسْتُمْ بِآَخِذِيهِ إِلَّا أَنْ تُغْمِضُوا فِيهِ

Maksudnya;
“Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu menafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mau mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya”

(Surah Al-Baqarah : 267)

Ulama tafsir membahaskan maksud dengan harta yang dilihat dengan memincingkan mata adalah harta yang kamu sendiri “meluat” hendak melihatnya; harta yang dirasakan meluat jika ada ditangan kita.

Seperti, kita mempunyai pakaian yang banyak dalam almari, lalu dirasakan almari kita terlalu penuh, menyebabkan kita memilih pakaian yang kita tidak berminat lagi, lalu diberikan kepada orang lain.

Bahkan, jika dilihat kepada perbuatan Nabi SAW, kita akan dapati, baginda tidak akan memberikan sebarang infaq sekiranya harta yang hendak diberikan itu adalah harta yang baginda SAW sendiri tidak suka.

Hal ini merujuk kepada hadis, daripada Aisyah R.Ha berkata;

أُتِي رسول الله صلى الله عليه وسلم بضب فلم يأكله ولم ينه عنه. قلت: يا رسول الله، نطعمه المساكين؟ قال: "لا تطعموهم مما لا تأكلون"
Maksudnya;
“diberikan kepada nabi SAW seorang dhob, menyebabkan baginda SAW tidak memakannya dan juga tidak mencegah daripadanya. Aku berkata; Wahai Rasulullah, apakah tidak kita memberikannya (dhob) kepada orang-orang Miskin. Bersabda Nabi SAW: jangan kamu memberi makan kepada mereka daripada makanan yang kamu sendiri tidak memakannya”

…………..

Memandangkan segala harta ini bukan milik kita secara mutlak, tetapi hakikat pemilikan itu adalah dari Allah, maka kita terpaksa mengakui bahawa Allah itu tuhan yang maha kaya.

Apabila kita sedar bahawa harta itu adalah milik Allah seluruhnya, maka adalah satu tindakan yang tidak wajar kita menjadi kedekut, juga memilih harta yang tidak elok untuk dijadikan sebagai infaq.

Apabila kita telah memberi infaq dari harta yang terbaik, maka kitalah manusia yang selayaknya diberikan pujian. pujian yang itu, tidak semestinya dari manusia, tetapi berharap kepada pujian Allah SWT.

Pujian yang Allah berikan kepada orang yang infaq ini sebagai isyarat dari Allah atas pengiktirafan Allah bahawa ia adalah manusia yang bersyukur terhadap rezki yang Allah berikan kepadanya.

Firman Allah:

فَأُولَئِكَ كَانَ سَعْيُهُم مَّشْكُورًا

Maksudnya;
“mereka adalah golongan yang diterima kasih oleh Allah atas usaha mereka”

(surah Al-Isra’ : 19)

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri indah (B), Sg Buloh
13 Januari 2009 * 4:51 pagi.


[1] Sunan An-Nasai : 4912.
[2] Muwatta’ : 1581.

Sunday, July 12, 2009

Dibunuh Kerana Bertudung, Mengapa Berita Ini Ditutup?


Dari blog


Thursday, July 09, 2009: Seorang wanita Muslim Mesir di bunuh di dalam mahkahmah Jerman, apa anda fikir?


Lelaki ini telah menerkam ke arah Marwa, dan menikam mangsa 18 kali!! Ya, anda tak salah baca, memang 18 kali, dan yang paling teruk, Marwa ditikam sehingga mati, sambil beliau memeluk anaknya. Dan Marwa ketika itu mengandung 4bulan...tragis bukan?

However last Wednesday, Alex stabbed her 18 times to death in a German courtroom after the judges announced she won the case against him, and that he had to pay 2,800 Euros as a fine for his previous insults. Lagi di sini.


Belum cukup tragis, ada lagi. Suami Marwa yang melihat isterinya ditikam terus menerkam ke arah lelaki tadi, dan.......akhirnya suaminya juga ditikam 3 kali. Nah. Tidak cukup dengan itu, pengawal keselamatan yang 'melihat' kejadian tadi telah bertindak menembak suami Marwa. Nah... ini baru betul2 tragis.


Baca lanjut di sini


Mereka sedang bermain dgn api!!! Hanya Allah pelindung kami.. Ya Rabb

Allahu'alam

~ imalia ~