Wednesday, February 10, 2010

Dulu saya pandang dia, kini dia pandang saya :)


Saya selalu pandang dia dari jarak jauh, kenal pun, mungkin hanya sebegitu,
Saya perhatikan siapa kwn2 sekeliling dia,
Memang bukan saya, tak pernah terbayang mampu menjadi kwn rapat dia
Saya cuma tersenyum.. diri ni mmg tak sebaik dia

'Alia, jgn mkn berdiri'
Pernah saya ditegur waktu tingkatan 4,
Masih keanak2an, jelas di ingatan
'Wah, dia tegur, mksdnya dia care :)'

Saya mmg sgt kagum dgn dia,
MasyaAllah orgnya,
Moga Allah cantikkan akhlak mu selagi bernyawa,
Ameen Ya Rabb

Di KMB, sekali lagi,
Seperti di MRSM Taiping, memegang jwtn tinggi,
Org disekelilingnya, masyaAllah berakhlak terpuji,
Dan di kalangan mrk, bkn diri ini :)
------------------------------------------------------------------------------------
Allah..siapa sangka,
Dulu saya pandang dia,
Kini dia pandang saya :)

Dan selagi hayat di kandung badan,
Cerita kami akan berterusan,
InsyaAllah, sehingga akan ada hari,
Seseorg memanggil Auntie Alia pd diri ini :)

Dia tak jemu bagi sms & ym,
Memberi smgt pd diri yg saya kira sudah cukup kuat,
Tapi bohong, diri ni tak kan kuat,
Tanpa mu sahabat :)

Alhamdulillah...

Beri saya berhelai2 kertas,
InsyaAllah saya boleh berterusan mengarang,
Tentang seorg sahabat,
Yang tidak pernah saya bayang,
Akan dlm hati ini, sebaiknya tersemat :)


Dia suka ayat ini,
Dia suka ingatkan saya dgn ayat ini,
Ayat yg dtg dari Allah, ye benar, dari Allah :)
'Agar kamu tidak bersedih hati terhdp apa yg luput dari kamu,
dan tidak pula terlalu gembira terhdp apa yg diberikanNya kpdmu.
Dan Allah tidak menyukai setiap org yg sombong
dan membanggakan diri' (Surah Al-Hadid 57 : 23)

Saya pula suka ayat ini :)
Saya hadiahkan pd dia, kata2 perangsang,
Yang tiada tandingan :)
'Wahai org2 yg beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu
dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu)
dan bertakwalah kpd Allah agar kamu beruntung' (Surah Ali 'Imran 3 : 200)

Dia pernah hadiahkan saya ayat ini :)
'Wahai org2 beriman!
Jika kamu menolong (agama) Allah
nescaya Dia akan menolongmu dan
meneguhkan kedudukanmu' (Surah Muhammad 47 : 7)

Dan bykkkkkkkkk lagi ayat2 lain,
Yang dikongsikan :)
Kerana itulah , kenapa dia saya pandang :)
Seorg yg sentiasa membuat saya ingt kpd Tuhan

MasyaAllah sahabat :) ,
Saya insyaAllah doa berpnjgan,
Agar pershbtn ini kekal,
Biar jika saya dulu yg di panggil Tuhan,
Moga kita kembali bertemu di syurgaNya pd kehidupan akan datang :)

Biiznillah :)
Uhibbuki fillah

Ikhlas,
- Alia Abdul Rashid -