Jangan pandang kegagalan sebagai suatu perkara yg negatif
'... Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui '
(Surah Al-Baqarah 2 : 216)
Entah bagaimana, di mana dan apa punca wujudnya pemikiran yg mengatakan bhw kegagalan itu adalah suatu perkara yg negatif. Mungkin kegagalan ditafsirkan begitu bila mana keinginan yg kuat utk memiliki sesuatu tidak tergapai, Allahu'alam
Yg sepatutnya di'highlight'kan sebagai negatif ialah ketidakmampuan menerima kenyataan bila berhadapan dgn kegagalan & cuba lari dari mslh
Mari berfikiran sihat, jangan ada buruk sangka pada Tuhan =)
Sejarah Diri : Mari Corakkan Sendiri
Ini hidup anda, ini sejarah diri anda. CORAKLAH IA DGN BIMBINGAN AGAMA. InsyaAllah akan selamat, PASTI!
'... Allah pasti akan menolong org yg menolong agamaNya. Sungguh, Allah Maha Kuat, Maha Perkasa '
(Surah Al-Hajj 22 : 40)
Siapakah org2 ini? [Meh, bukak Quran kejap, rujuk surah sama, ayat seterusnya ;) ]
Jika kita memilih utk menjadi org yg cpt berputus asa, terpulang
Jika kita hendak menjadi seorang yg memandang kegagalan sebagai perkara yg negatif, terpulangJika kita memilih utk menjadi org yg lemah bila dtg ujian, terpulang
Jika ada yg memilih utk meragui rencana yg telah disusun oleh Al-Khaliq, what more can I say? May Allah forbid that, ameen
'... Dan janganlah kamu (merasa) lemah dan jangan (lupa) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu org beriman '
(Surah Ali-'Imran 3 : 139)
'... Kami akan menguji kamu dgn keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kpd Kami '
(Surah Al-Anbiya' 21 : 35)
Pandangan Allah vs Pandangan Manusia
Pelik bagaimana manusia lebih mementingkan pandangan manusia daripada pandangan Yang Maha Kuasa
Kejayaan di mata manusia BELUM TENTU ianya kejayaan pd pandangan Allah swt
Dalam kehidupan sehari2, parameter mana yg kita guna utk menilai sesuatu? Pandangan manusia atau pandangan Sang Pencipta? FIKIRKAN KEMBALI!
DONT UNDERESTIMATE THE POWER OF DUAA
Allahu'alam
Wassalamualaikum wbt
~ imalia ~
3 comments:
waaa....
best2....
lme sy tggu...huhuhu:P
thanks k alia....
(nk berfikir2 jap..huhu)
jmpa nnti k alia...
subhanallah,penulisan yg mmbuka mata kita semua..
kehidupan ini tidak terhad pd kotak dunia sahaja..
pandangan mata hati..itu yg hakiki..
assalammualaikum wrt wbt
insyaAllah, kejayaan di mata Allah itu bukan atas penilaian manusia.
Kejarlah Mardhatillah yang hakiki, Alia!
Sayang Alia as always! (oops! heartless Aimi said that?!)
=p
Post a Comment