Tuesday, March 17, 2009

Sebuah Kisah di Sebalik PPSMI



“Hah…Mama dah carikan kerja untuk hang. Jadi cikgu kat sekolah kawan Mama. Mau?” kata mak aku semasa kami dalam kereta, pulang ke Kedah dari KMB setelah aku tamat belajar di situ sekitar 2004.


Aku memandang kosong ke luar tingkap kereta. Warna merah senja masih lagi di situ, belum pudar. Cantik!“Ma…malaih lah. Kalau boleh oghang nak gheja macam Tu’ai, jadi maintainer kat kelab bowling kat City Plaza tu. Best sket.” aku menjawab malas sambil mataku menjeling kepada Tu’ai, adikku di sebelah. Fikirku, bolehlah kami keluar petang ke tempat kerja dan balik awal pagi. Sambil-sambil tu bolehlah merewang ke tengah-tengah bandar Alor Setar sebelum balik ke rumah. Bila lagi?


“Hang jangan nak menggatai. Mama dah habaq dah kat Cikgu Cek Puteh. Esok lusa hang pi daftaq kat sekolah tu.” mak aku membantah.“Laa…ingatkan nak bagi option tadi. Rupa-rupanya arahan mandatory.” cetus hati aku.


Merah senja di luar tingkap makin pudar. Lebuh raya PLUS nampak kosong. Seperti fikiran aku yang kosong.“Apa aku nak buat kat sekolah tu nanti? Dah la kena mengajaq Bahasa Inggeris. Tingkatan 4 ngan 5 plak tu. Sastera lagi. Mampoih.” Hati aku terus merungut tak puas hati. Tapi apa boleh buat, arahan mandatori…Habis takat tu…


Bermula episod diri aku diberi peluang mengenali sendiri apakah erti perjuangan memartabatkan anak bangsa dari kaca mata seorang guru, yang dikerah mendidik pelajar luar bandar (kalau boleh aku katakan, sekolah yang aku pergi ini adalah sekolah yang lagi luar daripada ‘luar bandar’. Maknanya sangat- sangat terpencil).


Aku menjadi cikgu ganti, menggantikan seorang guru lain yang cuti bersalin. Dan sekali sekala aku masuk ke kelas-kelas tingkatan yang lain, menjenguk apa yang pelajar-pelajar di sana sedang buat sewaktu ketiadaan guru.Biar aku ceritakan…


Adegan 1:

Biasalah, sesi perkenalan menjadi modal utama untuk cikgu baru macam aku untuk ‘skip’ hari pertama daripada kena mengajar. Ni yang berlaku di sebuah kelas tingkatan 5 Sains 1.

“ Ok class, My name is Haikal. Your new English teacher here, for 2 months bla..bla..bla.”

“Now I would like to know each of you before I begin my lesson. Please state your name, ambition and where are you from. Ok, let us start from you.”

“ Err…sir. Saya tak pandai cakap Inglis. Bahasa Melayu boleh dak?”

Aku jawab : “ Cuba, takpa salah pun. saya pun bukan pandai cakap omputih.”

“ I is Syahrul (nama rekaan). Yang lain saya tak gheti sir.”

“Ok takpa…teruskan. Saya tanya tadi cita-cita dan tinggai kat mana.”Dalam hati : “Mampoih, macam mana aku nak mengajaq dalam BI ni? Kalau kelas 5 sains 1 pun tak berapa gheti BI?”


Adegan 2:

Ada satu hari tu, aku kena masuk ke kelas tingkatan satu. Cikgu yang sepatutnya berada dalam kelas tu tak datang. Sekali lagi, sesi berkenalan, sebab aku memang tak disuruh mengajarpun.

“Nama saya cikgu Haikal. Saya masuk mai ganti cikgu Sharifah. Saja nak berkenalan dengan kamu semua. Soghang-soghang bangun dan habaq nama dengan cita-cita. Hah kamu…mula!”

“Nama saya Rosdi. Cita-cita nak jadi..emm…perbaik gheta. Pak saya ada kedai pomen gheta kat pekan.”

“OK takpa, kamu!” aku menuding pada seorang pelajar yang berdiri kat pintu, gaya macam nak lari keluar dari kelas.

“Saya…nama Ku Nazim. Cita-citaku nak jaga lemu pak ku” Memang disebut LEMU, bukan lembu. Jawab Nazim serius dalam loghat Kedah hulu yang pekat. Lembu pun kedengaran lemu. Saya diganti dengan ku…bahasa diri kebiasaan bagi orang-orang kampung kat tempat aku.

“Sebab apa nak jaga lembu?”“Ku tak tau dey. Pak ku banyak Lemu. Dia pun dok sughuh ku jaga lemu dia.”

“ Oo…ya ka?” aku menyetujui kata-katanya


Dalam hati : “Bertuah betul orang bandar. Anak-anak semuanya bercita-cita tinggi. Nak jadi doktor, saintis. Paling komanpun polis. Tapi kat sini. Cukuplah kalau boleh warisi apa yang bapak depa ada. Mungkin depa ni masih naif…tapi kalau dibandingkan dengan anak bandar yang sebaya, depa ni jauh naif. Seolah-olah tiada langsung cita-cita.”


Dan memang benar, pelajar-pelajar di sini memang datang ke sekolah bukan kerana ingin belajar. Tetapi kerana ingin berjumpa kawan-kawan. Itu sahaja dorongan mereka untuk terus berada di sekolah dari jam 7.30 pagi hingga jam 2 petang. Dan peluang daripada kedatangan mereka ke sekolah itulah yang digunakan oleh guru-guru untuk menumpahkan ilmu yang sedikit buat bekalan anak bangsa ini.Lalu…bagaimana ingin mempunyai cita-cita?


Adegan 3:

Aku diberi amanah untuk menanda kertas peperiksaan Bahasa Inggeris dan English in Science and Technology (EST) - Tingkatan 4 dan 5.Untuk Tingkatan 4…semua gagal (fail) untuk 2 mata pelajaran yang aku tandakan tu.Untuk Tingkatan 5…ada seorang dua sahaja yang lulus ataih pagaq EST. Untuk Bahasa Inggeris, ramai jugak yang lulus tetapi sekadar lulus. Tak lebih dari itu. Itu pun…aku kena jadi seorang pemeriksa yang sangat bermurah hati.


Bila ditanya kepada guru-guru lain tentang perkara itu : “Hah…besa la tu. Budak-budak sini bukan gheti BI. Lepa (Depa/mereka) bukan maupun belajaq BI. Sabit tu (sebab tu) kalau hang tengok budak-budak yang ambik Sains dengan Math dalam BI kat sekolah ni semua tak luluih. Habuk pun takdak.” Kata seorang cikgu lelaki, sambil menghisap rokok daun yang digulung sendiri, sewaktu kami bersembang di kantin.


“Kalau dulu, waktu dua-dua subjek ni lepa ajaq dalam BM pun student tak pandai. Ni pulak nak mengajaq dalam BI. Punah anak bangsa hang tau dak Haikal. Lepa ni orang kampung. Satu hapa pun depa tak gheti. Lagi nak suruh belajaq dalam BI. Apa punya otak pun aku tak tau.” Sambung cikgu itu dalam nada kesal bercampur geram. Ada juak-juak meluat di mukanya.


“PUNAH ANAK BANGSA” terngiang lagi perkataan tu dalam fikiran aku sampai sekarang.


Adegan 4:

Satu hari tu, aku masuk mengajaq BI kat dalam kelas tingkatan 4 Perdagangan. Ada 4 orang pelajar lelaki sewaktu aku sedang mengajar di depan, depa dok berkumpul 4 orang dalam satu bulatan kat belakang.

“Tu kat belakang, hangpa tengah buat apa tu?” Aku dah tak cakap Inggeris lagi dah dalam kelas (Pelik kan? Mengajar Bahasa Inggeris dalam Bahasa Melayu. Tapi apa boleh buat... payah…susah. Kesian dengan mereka yang tak faham apa-apa).Ada budak lain yang tolong jawabkan soalan aku tu, tapi dalam keadaan yang separuh berbisik:

“Depa tengah main Sing-Kong Sir.”

“Menatang apa tu?” aku bertanya kehairanan.

“Judi!” (Sing-kong: lambung duit syiling, pastu pakat-pakat teka kepala ka ekoq. Sapa betoi dia dapat duit syiling tu)

“Budak-budak kat belakang! Baik hangpa berenti sebelum saya panggil PK HEM. Kalau tak mau belajaq, Hangpa dok diam-diam kat belakang. Tidoq!” Tegas aku dalam nada separuh bengang.


“Ok sir.” Jawab seorang dari mereka dalam keadaan senyum. Aku hanya mampu geleng kepala dan teruskan pengajaran “Mari Mengenal Bahasa Inggeris”


“Ok kelas…kalau I…padan dengan Am”

“I am”

“Kalau he atau she yang maksudnya Dia…padan dengan Is”

“He is”


Itu antara situasi-situasi yang berlaku di luar bandar. Ops…di luar lagi daripada luar bandar. Sekolah tempat aku mengajar tu, ada antaranya pelajar Siam. Memang di utara Kedah ramai orang Siam dan anak-anak mereka ini dihantar ke sekolah-sekolah kerajaan, macam juga orang melayu.


Kesimpulan mengenai Sistem Pendidikan Malaysia:


1. Hancur

Sistem pendidikan yang hanya memihak kepada orang di bandar memang hancur. Dulu, bolehlah pelajar-pelajar luar bandar ni dapat walaupun sedikit ilmu Sains dan Matematik kerana mereka faham apa yang diajar sebab diajar dalam bahasa ibunda mereka. Sekarang? Tak dak!


Alasannya adalah untuk mewujudkan semangat persaingan. Kalau tak dipaksa, mereka tak akan belajar. ITU ALASAN SEMATA-MATA!Berpijaklah ke bumi yang nyata wahai menteri-menteri terutamanya Menteri Pelajaranku! Cuba kalau hangpa yang datang mengajar di sekolah tu. Hangpa akan jadi tertekan seperti juga guru-guru di situ. Malah sepatutnya lebih lagi. Sebab hangpa menteri yang bertanggungjawab atas apa yang terjadi. Budak-budak di sekolah hilang langsung minat untuk belajaq Sains dan Matematik. Sampaikan soalan 4 divide by 2 equals? pun…terkial-kial nak kena cari makna divide dan equal dulu.


2. Tak Adil

Cikgu-cikgu di luar bandar dikerah melakukan macam-macam. Buat kelas tambahan itu ini. Pelajar bukan datang pun. Sebab mereka tak mahu.

Sebab apa tak mahu?

Sebab meraka tahu mereka tak akan lulus. Sebab mereka tahu, mereka akan hanya masuk paling tinggi pun ke Politeknik. Sebab mereka tahu, mereka tak akan ke mana. Tiada universiti dalam hidup mereka. Tiada obersi (oversea). Tiada…Tiada…Tiada!

Sebab apa mereka sebegitu, begitu pessimistic?

Sebab mereka tak mampu! Nak cari guru tuisyen macam orang bandar? Nak beli buku ulangkaji dua, tiga buah? Mana nak cari duit?


Ayah buat bendang tu pun tumpang bendang orang lain. Mak menoreh getah tu pun pokok getah orang lain. Abang gheja pomen gheta tu pun kat kedai pomen orang lain. Mana ada duit?Apa yang mereka ada?
Mereka ada kelas tambahan di sekolah yang jadi tenaga pengajarnya adalah cikgu-cikgu sekolah tu jugak. Yang pagi tadinya mengajar dalam kelas dan mereka tak faham. Petang, bila buat kelas tambahan, cikgu yang sama jugak. Mestilah tak faham jugak.


“Habeh tu, buat apa aku mai kelas tambahan?”


3. Mengarut

Tok-tok menteri…saya nak tanya. Ada dak hangpa hantaq anak-anak hangpa mengaji kat sekolah kerajaan macam yang kat atas? Paling koman pun, SBP (Sekolah Berasrama Penuh). Paling koman pun MRSM. Dan yang paling menarik…Pak Menteri yang dok push supaya sistem yang ada sekarang ni diteruskan pun hantaq anak belajaq kat sekolah swasta!


Tolonglah Pak Menteri. Berpijaklah di bumi nyata. Takkan bila hari ni Bahasa Inggeris menguasai dunia, kita belajaq Sains Matematik dalam BI. Esok lusa kalau Bahasa Cina naik jadi bahasa utama dunia? Waktu tu hangpa terketaq-ketaq nak suruh orang melayu belajaq Sains Matematik dalam Bahasa Cina? Tak ka bercelaru sistem pendidikan Malaysia waktu tu?


Kita ada golongan luar bandar yang mereka nak juga pandai sebagaimana orang-orang di bandar. Tapi mereka kurang kemampuan. Janganlah aniaya mereka. Kalau menteri sendiri pun tak hantar anak belajar di sekolah kerajaan…tidakkah itu mengarut???



Sedikit Pengalaman Manis:


1. “Sir…awat cepat sangat sir mengajaq kat sini? La ni baru kami rasa seronok sikit belajaq English.”


2. “Sir. Lepaih sir keluaq dari sekolah ni…saya malaih mai sekolah lagi dah.Tak best dah lepaih nih.”


3. “Sir, nanti kalau sir dah pi obersi, jangan lupa hantaq gambaq sir kat kami naa. Kami nak pi…mesti tak buleh punya. Tengok gambaq sir main saljipun kami dah rasa best. Sir jangan lupa naa.”


4. “Sir, nak ambik gambaq dengan Sir. Nanti takdak la kami teringat selalu kat Sir.”


5. “Ni sir…hadiah daripada kami. Kami share duit ramai-ramai ni Sir.” (menitis air mata aku bila aku bukak kotak hadiah tu…hadiahnya hanyalah sebuah jam loceng yang baru semalam aku nampak ada dijual di pekan sehari…harganya hanyalah sekitar RM2)


6. “Sir…ni ada sorang budak dia lukih gambaq sir. Tapi dia malu nak bagi sendiri kat Sir.” “Mana dia?” Aku tanya kembali. “Dia tak mau mai sekolah hari ni…dia sedih.”


7. “Ok kelas, hari ini hari last saya ajaq hangpa kat sini. InsyaAllah kita jumpa lagi. Kalau sapa-sapa nak kontek saya, saya bagi alamat emel. Kalau ada yang pi CC (cyber café) kat pekan tu nanti, tulih la emel kat saya. Tulih dalam Bahasa Inggeris tau. Biaq salah pun takpa. Kalau dak…saya tak mau layan.”


Dan sehingga ke hari ini…memang ada yang menulis pada aku…tapi dalam BI yang dhaif. Takpalah…semangat kalian aku hargai.


(Diceritakan oleh Penulis - Haikal Ghazali, yang kini hampir menamatkan pengajian beliau dalam bidang perubatan)
-------------------------------------------------------------------------------------
Perkongsian yg bermakna....

Jangan leka,
Mari sama2 berusaha,
Jika tak mampu buat semua,
Buat setakat yang mampu sedaya upaya,
Bulatkan diri dan serahkan padaNya,
Allah kan ada =)

Allahu'alam

~ imalia ~

31 comments:

Anonymous said...

Alia,
aku menangis baca entri ni.
Betul-betul menangis.

Alia Abdul Rashid said...

Dibah,
sama la kita..

sedih kan.. Allah

A.K's Life said...

waktu on the way balik kuliah tadi baru terpikir nak tulis entry pasal ppsmi ni. tgk, akak dah tulis. hehehe. takpe la. nt sy cite ape yg btul2 jadi kat sedara mara saya.

nway kak, mmg sy rasa benda n berat sebelah. yang gempak english, makin gempak. yang tak gempak english, makin lemah nak kuatkan basic english ngan math.

makin lemah basic math ngn science form 5, makin hancur la sape yang amek A level and lagi2 IB.

semoga menjadi tauladan kepada semua.

nway, thanx for upoading this touching post. =)

Anonymous said...

Terima kasih banyak...

Alia Abdul Rashid said...

sama2..

insyaAllah, sama2 kita usaha utk sentiasa cuba manfaatkan diri sendiri utk org lain..

keluar dari tempurung diri, buka mata luas2, dah masa utk praktikkan teori yg telah berzaman dipelajari, insyaAllah

Allah kan ada & sedang memerhati, masih nak duduk berdiam diri? =)

Ummu Khaulah said...
This comment has been removed by the author.
Alia Abdul Rashid said...

sedih dan sedih..

balik malaysia, berbaktilah sahabat2..insyaAllah

HIDUP KITA JUGA UTK ORG LAIN

Ansorullah said...

salam'alayk...
subhanallah... sgt2 terkesan membace posting ni...
subhanallah... mmg sediyh memikirkan ttg ape yg berlaku kpd anak bangsa... saudara2 kita..
xperlulah sy pergi jauh, ex-high school sy yakni SBP pun hmpr2 lingkup, apatah lagi luar bndr, dan xyah digambarkan di 'luar' dr luar bndr...

minta dicopy artikel ni ye.. smg lebih manfaatnye.. insyaAllah..

Ummu Khaulah said...

alia...serius sedey!!!..:(...teringt jugak pengalaman sy time ngajar bdk2 skolah pedalaman..tp bkn laa pedalaman sgt,jd english dorg ok

Abu Ikhlas said...

Alia,

saya ğun ada pengalaman mengajar sains budak sekolah sebagai guru ganti...kelakar memang kelakar...pengalaman manis 25 tahun yg lalu. PPSMI ıtulah reality sebenar.........semua results manipulated.

Anonymous said...

sedeynye bace..hampir nak menangis..macam ni kot ape yg adik2 saye rase..kecik2 dah kene blaja maths dan sains in english..mestila dieorg rase cam tak berminat..

tq alia atas perkongsian ini..

MetaL MilitiA said...

sedih..memang sedih. namun, jika bangsa kita tak mampu untuk kuasai sains dan matematik dalam bahasa inggeris, adakah perlu kita gugurkan sahaja bahasa inggeris ini dalam pembelajaran?

mungkin kita berjaya menarik minat pelajar2 ini untuk belajar sains dan matematik. namun tanpa kita sedari, kita telah mengecilkan lagi skop untuk melahirkan saintis2 dan pakar2 yang bertaraf dunia.

hal ini kerana, kita berjaya melahirkan ramai ilmuan yang bertaraf B dan C, namun kurang yang bertaraf A. kerana untuk mencapai A, kita perlu tahu segala-galanya, yang sudah pasti melibatkan bahasa inggeris kerana jurnal-jurnal ilmiah kebanyakannya dalam bahasa inggeris.

ada juga jurnal bahasa melayu, namun hanya mampu membawa kita ke taraf B atau C (maksudnya macam terlalu sedikit la)

ilmu-ilmu yang advance adalah terlampau kompleks dan dalam BI, bukan BM.sekaligus ianya memerlukan kemahiran bahasa dan teknikal.

kemahiran teknikal, insyaAllah kita dapat kuasai. namun kemahiran bahasa?jika bahasa tak paham, mcm mana dengan teknikal?

hasilnya, kita dapat lahirkan ramai pelajar yang tahu (dan cuma tahu) sains dan matematik. namun disebabkan mereka tidak dididik dari kecil dalam BI, kita boleh nampak masalah yang timbul di universiti kelak, apabila semua ilmu sains dan matematik dalam BI.

hasilnya, ramai yang lingkup. ramai yang lulus cukup-cukup makan. tetapi kaum cina india tetap cemerlang.

saya tak nafikan wujudnya kecelaruan dalam pelaksanaan PPMSI. antaranya pelaksanaan yang tergesa-gesa dan kumpulan pelajar yang menjadi sasaran.

sewajarnya ianya dimulakan dari kanak-kanak kecil, ketika darjah satu, kerana mereka ini lebih mudah memahami sesuatu ilmu.

guru-guru juga patut diberi kursus yang lebih lama. bukan sekadar 3 bulan dengar ceramah pastu trus mengajar.

silibus juga perlu diubah dan struktur ayat juga mungkin boleh dipermudahkan sedikit untuk menggalakkan pemahaman.

kumpulan-kumpulan yang lemah juga patut diberi lebih galakan, dan bukan hanya melaksanakan dasar, kemudian tiada tindakan susulan (mcm skng nmpk tiada tindakan susulan selepas pelaksanaan dasar kerana Tun Dr Mahathir sbg org yang bertanggung jawab melaksanakan dasar ini tidak lagi berkuasa)

banyak lagi cara yang boleh kita lakukan. tak semestinya jika kita tak boleh melakukan sesuatu, terus kita tinggalkan. pasti ada cara untuk mengatasinya.

jika tidak, kita akan melahirkan bangsa yang manja dan tidak sukakan cabaran. sbg contoh, jika kita tak pandai matematik, ibu bapa kita pasti akan terus menerus memaksa kita untuk memahami matematik. dan mereka pasti akan memberikan segala bentuk bantuan. sehinggakan kita sendiri akan terdetik untuk berusaha bersungguh-sungguh.

namun cuba bayangkan jika tiada paksaan dari ibu bapa, malah ibu bapa kita sendiri menyuruh kita abaikan matematik. toksah ambik matematik. ape akan jadi? makin malas la kita. akhirnya, satu habuk pun kita tak dapat kuasai.

mungkin kita boleh melihat artikel negarawan kita, Tun Dr Mahathir Mohamad : http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/03/pengajaran-dan-pembelajaran-sa.html

harap artikel ini dilihat dari sudut ilmiah, bukan politik.

saya hanya memberi pandangan dari sudut yang lain, agar kita boleh melihat kedua-dua belah pihak, dan kemudian berfikir yang mana bagus.

dalam membentuk pandangan, jangan ikut majoriti. namun ikut yang mana betul.

segala dasar yang dilaksanakan, terutama melibatkan pendidikan hasilnya bukan lah sehari dua. tapi sehingga bergenerasi.

kita belajar dalam BI bukan sbb nak belajar bahasa pun, tapi sbb nak belajar teknikal sesuatu konsep, yang berselindung di sebalik bahasa. itu sahaja.

mampukah kita untuk memahami al-quran tanpa memahami bahasa arab? mestilah boleh!! sebab ada terjemahan! ada tafsir bahasa melayu! 10rm je. namun kita hanya mampu melahirkan golongan yang sekadar tahu, bukan pakar. sama la jugak dalam kes PPMSI.

oh ya, saya pun warga pedalaman. dibesarkan di ladang kelapa sawit. dan ketika kecil bersekolah di pedalaman. saya bukan warga bandar. saya tak mengaku saya orang bandar. saya hanya orang kampung.

Aizatul Naem Bin Adnan.

Anonymous said...

yer.. sy sgt2 bersetuju dgn metal militia.. mari kita sama2 berfikir dari aspek lain.. janganlah terlalu memanjakan anak-anak bangsa kita.. hakikat yang kita perlu terima ialah kebanyakan ilmu di dunia sekarang adalah dalam bahasa inggeris.. adalah sangat rugi jika kita menggadaikan ilmu2 ini hanya kerana kononnya memperjuangkan bahasa melayu.. padahal, bahasa melayu takkan hilang dengan sekadar belajar sains dan maths dlm bahasa inggeris..

saya tidak menafikan bahawa di luar bandar pencapaian tidaklah memberangsangkan seperti di luar bandar. namun, bagi saya, penyelesaiannya ialah bukannya dengan memansuhkan bahasa inggeris, sebaliknya, guru-guru yg mengajar sejak dari darjah 1 lagi perlulah diberi latihan secukupnya supaya pelajar2 ni semua tidak ketinggalan pada masa hadapan..

sekadar pandangan..

Alia Abdul Rashid said...

insyaAllah..sama2 usaha, artikel diketengahkan utk buat kita semua berfikir & bertindak serta mempraktikan teori yg telah dipelajari berzaman dah, insyaAllah =)

indeed, kalau tak mampu buat semua, tak bermaksud tinggalkan semua..insyaAllah moga usaha2 kecil kita ni ada nilaian di sisi Allah =)

jazakumullahu khairan kathiran

Jalalluddin Sayuti said...

Salam...
Blh saya tau kat ne tempat tu?...
Sbb loght dia cam kat tempat saya...
Saya pn duk kat luar bandar yang mmg luar dari bandar juga...

Mmg diakui kesahihan citer ni...
Antara ramai2 kawan saya yang hanya 2,3 org je yang dapat masuk Universiti...

Dan bila saya balik kampung tengok kawan-kawan lama mmg agak sedih...
Ada yang jadi kutu rayau, yang jadi mat lepak ada yang jadi pewaris kerja bapa dia sebagai pekebun dan macam2 lagi...

Aduh sedih...

Amal said...

org islam zaman rasulullah saw dgn lpas zaman rasulullah sanggup ke kjaan greek kat eropah, jumpa kjaan china, utk bljr. jadi sahabat2 fahami bahasa2 tempatan. lpas tu masukkan ke bahasa arab. pengetahuan bangsa arab makin tinggi, org luar plak dtg ambik ilmu, terutama org2 eropah.

org melayu skrg ni tgk org cina org india maju, kata ni nasib diorg. berniaga cara kotor. al-khwarizmi mula2 jumpa teori e=mc2 tapi tanak hebah2kan sbb tau bahaya luas. einstein bljr bahasa arab, ambik ilmu tu lpas tu hebah2kan.

bkn ke pengetahuan bahasa akan menaikkan martabat bangsa tu sendiri. susah2 skrg, senang2 kemudian.

utk makluman tambahan gak, org jepun dlm thn 1980s mula kaji prinsip 80/20. keje sket 20% dpt hasil 80%. dlm bahasa jepun. tp org jepun x anggap ilmu ni berguna. pengkaji pendekatan ni gi us, org us suka. skrg pengkaji tu jepun dah ambik blk.

sekali lg, org us tatau pendekatan ni bljr bahasa jepun dan dpt manfaat.

nak tau kisah lanjut, baca buku "the 80/20 principle" richard koch.
ada buku ni dimelayukan? kalo sasterawan rajin, terjemah la 1. kenapa tanak? mungkin komisen rendah. terlalu berharap kpd org, smpi bila melayu takkan maju. usaha la. baca la buku, kemudian dpt ilmu, manfaatkan kpd org lain. kalo tanak terjemah buat buku takpe, ceritakan kat org.

bkn ke ilmu mulanya bahasa. Allah turunkan al-Quran dlm bahasa arab bkn bahasa melayu. tp ramai juga org2 melayu jadi alim ulama yg bleh ckp arab dgn fasih. sbb dpt menguasai bahasa, dpt menguasai ilmu, dpt menguasai akhlak. sbb sumber akhlak dr al-Quran.

kita bleh kata sumber ilmu dr al-Quran. mmg betul. tp skrg kita kekurangan ilmu dlm bm. byk dlm bi. bljr la bi. bila dah pandai, simpan ilmu, biar org luar dtg bljr dr kita.

melaka pernah jadi pelabuhan utama dunia dgn bm jadi lingua franca. kesan? 1 dunia dtg ke melaka. kemudian dijajah. tgk peranan bahasa betapa tinggi.

bukak minda, pandang la dunia. sbb pemikiran anda ni la smpi bila pun org akan anggap org melayu bodoh.

Anonymous said...

assalamualaikum..

Komen yg sangat mantap daripada Amal.. yer, sy sgt bersetuju.. marilah kita buka pemikiran kita.. jangan sempitkan.. fikirlah kebaikan masa hadapan.. janganlah kecilkan skop pemikiran kita dengan hanya melihat kesan negative yg dilihat anak-anak muda sekarang.. kita perlu mengakui bahawa kebanyakan ilmu di dunia adalah dalam bahasa inggeris.. adakah kita mahu gagal dalam persaingan pada masa hadapan, hanya kerana enggan belajar bahasa lain.. aduhai, kaum ku..

bangunlah, bangsaku.. jangan jumudkan fikiran.. orang2 melayu perlu berusaha lebih keras untuk menempuh kejayaan seperti bangsa2 lain.. orang melayu terlampau dimanjakan.. apa2 pun nak senang.. susah sikit tak mahu.. bila perlu belajar dlm bahasa inggeris melatah, taksub dengan kedaulatan bahasa, sedangkan inilah antara cabaran ilmu yang perlu ditempuhi jika hendak berjaya.. jangan hanya mengharap kejayaan akan datang secara percuma kepada kita, sebaliknya kitalah yang perlu berusaha keras untuk mendapat ilmu demi memartabatkan bangsa..

Alia Abdul Rashid said...

Selamat sejahtera ke atas kamu encik Amal

apa khabar? alhamdulillah, jazakallah (maaf kalau slh, sy assume anda lelaki berdasarkan nama yg tertera) atas komen anda

1. saya sokong penuh apa yg anda tulis tentang belajar lah dlm bhs asing, then blk manfaatkan org lain insyaAllah

2. tetapi, sy tidak bersetuju dgn ayat anda ni..
" bukak minda, pandang la dunia. sbb pemikiran anda ni la smpi bila pun org akan anggap org melayu bodoh "

--> sebelum sy tny lanjut, nk tny sikit dulu,dan mntk jgn salah fhm nada pertanyaan ni, nada sy nada normal yg neutral =) pemikiran siapa yg anda mksdkan? pd penilaian saya, anda tujukan kpd penulis asal artikel kan?

--> jujurnya, pd saya tindakan saudara kurang bijak, bagaimana saudara blh keluarkan penyataan tersebut ttg penulis asal artikel sedangkan saudara sendiri tidak tahu benar pemikiran beliau? hanya berdasarkan kpd satu artikel (itu pn artikel pengalaman & secebis kesimpulan) saudara terus berkata begitu tentang beliau? cepat benar saudara menghukum seseorg =)kalau beginilah sikap org Islam, jgn lah marah kalau ada non-muslims yg cpt menghukum semua org Islam tu pengganas (mungkin analogi ini melampau, tp sama2 blh fikirkan insyaAllah =) )

3. saudara sendiri sudah benar fhm tentang PPSMI? atau masih kabur2? saya sendiri mengaku, sy tidak berapa arif tentang isu ini, tetapi insyaAllah blh la nk keluarkan link2 U tube utk saudara saksikan, memorandum pn ada

4. sy minta, bia komen di mana2 blog, berhati2lah dgn kata2 yg hendak dikeluarkan..insyaAllah =) dan elok benar jika pakai nama sebenar & tinggalkan contact details jika keadaan memerlukan..krn kita lakukan semua ni krn Allah, demi Islam kan =)

5. saya sgt2 mengalu2kan jika ada perbincangan lanjut yg hendak dibuat, blh contact sy di ym abdulrashid_alia, email aliarashid1010@yahoo.com

Allahu'alam

Moga Allah sentiasa lindungi saya & kalian

wassalam

Alia Abdul Rashid

p/s : penulis asal artikel kini di thn akhir Universiti di Ireland

Amal said...

salam,

saya tujukan komen ni kpd penulis dgn komen2 yg pro-ppsmi. agak jelas posting ni menunjukkan penulis x menyokong ppsmi. kalo betul neutral, sepatutnya pengalaman2 org2 kpg yg dpt bljr ke luar negara patut diselitkan. mmg x rmi org2 kpg dpt bljr ke luar negara. tp bila golongan ni dpt bljr ke luar negara, bila blk diorg sedar betapa pentingnya bi utk bjaya. blk kpg ajak anak2 muda bljr betul2, bljr bi. dpt pengetahuan.

kalo x sbb tau bi, masakan penulis dpt ke ireland. x perlu tunjukkan pencapaian utk tegakkan pendpt peribadi. saya dtg dr keluarga susah, bljr bi betul2, dpt hasilnya. alhamdulillah, bkn setakat tlg diri sdiri dgn keluarga, dpt saya tlg org kpg ajak sedara ajar org kpg bi. alhamdulillah bdk2 sekolah dpt cope dgn syllabus sains dgn maths.

saya yakin penulis akan buat benda yg sama bila blk msia. dgn bi gak dpt bljr ilmu medic. ilmu medic luas, kebykan dlm bi. jadi kene la bljr bi. bila dpt ilmu, curahkan kat org lain. x lupa gak, kita kene tambahkan org yg nak terjemah literature2 ilmu sains & apa2 yg bkaitan.

saya pnah btanya kpd sh sulaiman mullah dr afrika selatan psl hal ni. dia setuju idea bljr bi. spt yg dah dikatakan dlm komen, curahkan semula, spy org2 melayu, lebih umum, org2 islam bangkit blk. zmn islam kuat, bahasa arab jadi lingua franca. skrg english, kita kene ambik blk kegemilangan masa lampau.

saya dah bertanya dr pakar agama, pakar bi, pakar bm dgn lain2 pakar yg bkenaan. kebykan setuju dgn pelaksanaan ppsmi. in fact, org kpg saya sdiri yg umur 60-70an setuju. dah tentu, org kpg saya mewakili populasi yg sket dr seluruh msia. saya akan cuba dptkan pendangan org kpg2 lain.

kalo betul bljr bi susah, mcm mana org dulu2 yg skrg pegawai tinggi kjaan dpt biasiswa jpa, mara, colombo, gi overseas bljr. diorg masuk sekolah melayu, ambik lce, mce, gce, a-level, grad. org dulu lg susah, bljr bi dlm pelita. org skrg ada lampu, ekon. org kpg skrg pun ada yg ada ekon, ttp ada bela lembu. apa beza org kpg dulu dgn skrg yg org skrg tanak bljr bi? ni persoalan yg saya masih cari jwpan.

saya alu2kan sapa2 yg nak kongsi pendpt contact saya. takde masalah. diigtkan, ni bkn 1 blog saya komen mcm ni. ada beratus2 blog lain saya copy paste & mcm2 reply saya dpt tp sy tetap smpikan pendpt saya. saya takmo bangsa melayu tertinggal. lg luas, org2 islam di msia.

saya hanya utarakan pandangan, bkn hentam org. setakat ni lebih byk bukti realistik kepentingan bi. saya tidak ambik kira bukti emosi. emosi bleh dididik. saya memandang kalo ada bukti realis yg dpt tunjukkan pencapaian yg sgt tinggi melebihi phd dlm bm, selain bidang bahasa.

Alia Abdul Rashid said...

Assalamualaikum wbt Encik Amal,

apa khabar? family semua sihat? sy terasa encik mcm sebaya dgn ayah saya pula..terima kasih ye singgah utk komen

saya nk kena siapkan soalan pathology kejap, isnin ni kena hntr, insyaAllah ada rezeki sy dtg ckp sikit2 pendapat 2 kupang sy..hehe

wassalam

Anonymous said...

assalamualaikum...kak alia

terus terang..saya tak faham laaa ape tu PPSMI??bleh akak terangkan x??

atikel ni menarik sgt... tambahan pula komen mantap dari en.Amal =)

salam..

Anonymous said...

salam..

Saya rasa komen en amal adalah paling menarik.. malah lebih menarik dari artikel ini sendiri.. pandangan beliau lebih bersifat ilmiah, berbanding lain-lain yang hanya cenderung kepada emosi..

sekadar satu perkongsian, mari sama-sama baca artikel ini..
http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/03/pengajaran-dan-pembelajaran-sa-1.html

Anonymous said...

Salam.. sihat semua?

Kepada semua yg komen ttg artikel ni.. dismping b.i n b.m.. mari sama² kita kita sgguh² utk belajar bahasa Arab jgk =). bahasa Syurga. dpt faham agama, beramal dgn cara hidup ISLAM dgn kefahaman yg lebih meyakinkan. lps ni blh bljr sains dlm bahasa Arab plak =) cz asal dan asas ilmu sains ni dtg dari Al-Quran. kan.. =)

Sory.. kluar tajuk plak.. nk bg tau.. jgn lupa sbg ORANG ISLAM kita kena usaha martabatkan bahasa Arab jgk.. plg kurang kita dpt balance antara B.Arab.. B.I n B.M

Syukran.. =)

~ asna ~

Anonymous said...

Slm.

Apabila dibuat Math n Sc dalam BI, beberapa perkara perlu ditimbang tara

kenapa korbankan ilmu sains dan matematik semata2 kerana nak memantapkan penguasaan BI, tidakkah ada cara yang lebih baik?

risiko PPSMI ialah apa yang dikejar x dapat yang dikendong berciciran...ilmu BI pon tidak dapat, ilmu sc dan math pon tidak dapat, kalau dapat pon kebanyakan nya tidak menyeluruh..ats pagar...masih kerugian kedua2nya

pada saya PPSMI sungguh3 tidak efektif dlm menerapkan BI kerana ada yang perlu dikorbankan.

saya nak bertanya pada semua..tahu tak apa itu EST, mengapa x perkasakan bahsa inggeris melalui medium ini dari sekolah rendah, dengan ini dapat memperkasakan bahsa inggeris disamping tidak mempunahkan reputasi math n sc..mengapa perlu korbankan sc n math

pernah anda dengar

"kuasai ilmu melalui bahsa"

jika bahasa inggeris pon tidak dikuasai bagaimana hendak mendapat intipati dari subjek itu sendiri..

bukan "kuasai ilmu bersama bahasa dan gagal keduanya"..

saya tidak pertikai kepentingan BI dalam kehidupan masa kini dan akan datang

tetapi CARA, WASILAH kenalah BETOL,
siapa yang nafikan, tak ada siapa yang nafikan english itu penting, tapi cara PPSMI teruk bangat pak..

saya yang bukan pak menteri bukan hanya mengkritik, tp saya bagi pilihan atau penyelesaian,

sbg contoh penubuhan subjek EST dari sekolah rendah lagi mampu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris disamping tidak merugikan sc n math.

alasan apa yang diberi pak menteri kita..kita dah laburkan berpuluh billion untuk PPSMI....jd macamna senang2 tiba2 nak ubah

ooo..jadi sebab dah terlajak alang2 kita gamble je lah...nak patah balik rugi banyak..nak teruskan rugi juga tp x pa..aku settle..aku x susah...cikgu2 polon la lebih ckit..malaih betul la cikgu2 nih..student pon pulun la cket..malaih bangat..math n sc english senang ja pon..

PUNAH ANAK BANGSA

saya tidak pernah belajar math dan science dlm bhs english semasa di primary n secondary school, tetapi semasa di tertiary institute..(UIAM) now..tiada masalah pula dlm pembelajaran..untuk pengetahuan UIAM menggunakan seratus peratus proses pembelajarannya dalam BI, bukan setakat math n science

penulis sekarang pelajar dlm bidang perubatan UIAM dalam transisi ke kampus utama

sekali lagi saya bertanya

TIDAK ADA CARA LAIN LAGIKAH SELAIN PPSMI untuk mantapkan bahasa Inggeris dikalangan pelajar...?

jgn main pusing2 na :)

Kalau nak best lagikan, kita buat belajar bahsa melayu dalam bahsa Inggeris-sinis aku pada mu

Alia Abdul Rashid said...

Assalamualaikum wbt

sihat semua? =)
jzkk kpd encik Amal (panggil pak cik xpe ke? rs encik mcm sebaya ayah sy)..

Alhamdulillah, secara peribadi sy rs komen pak cik kali ni jauh lebih baik berbanding ayat penutup dlm komen lps..

tiada satu hal pn bila dibincangkan hny ada kebaikan nya shj, pi mai pi mai, ada je pros & cons

tiada apa lagi yg blh sy tmbh, cuma sedikit peringatan kpd diri sendiri & semua yg hendak komen. benar, ada kebebasan bersuara, namun, ada adab yg perlu dijaga..sama2 saling menghormati & bhs yg digunakan biar tersusun rapi

berkenaan persoalan yg pak cik bertanya kenapa org dahulu blh pulak bljr dlm BI, bgs soalan pak cik tu..buat sy terfikir juga..setelah bertny & berfikir, mungkin krn dahulu guru yg mengajar adalah guru berbangsa Inggeris & tambahan pula situasi pd ketika dulu lain, dari segi tekanan berbagai aspek, tidak lah blh dibandingkan dgn zaman sekarang..tp itu mungkin pndgn lemah..Allahu'alam =)

pd sy tak kisah la artikel & komen berbau emosi, sy nmpk alhamdulillah, bgs org2 Islam ni, sensitif dgn perasaan org lain & tidaklah kering hatinya, ya tak? alhamdulillah =) dan saya yakin org2 yg komen ada hujah masing2 atau pendapat2 tersendiri berkenaan isu ini, insyaAllah

dan sedikit perkongsian, bila mana kita cuba mencari info, bacalah dari berbagai sumber, eloknya begitu ye tak? ke tidak? =)

sy ada dgr ada seorg prof, siapa nama dia, emmm..Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan ada keluarkan buku edisi ke2, tentang kenapa mereka bantah PPSMI..mungkin yg di Malaysia blh cari buku tu, dan baca & kupas serta berkongsi di sini..moga bermanfaat insyaAllah

matlamat kita sama, Islam dtg dahulu berbanding yg lain..kembalikan Islam, semuanya insyaAllah akan mampu dihadapi dgn jiwa yg besar

berlapang lah dada dlm memberi & menerima pandangan insyaAllah =)

Allahu'alam

wassalam


sapa2 mau tlg sy utk presentation Molecular Mechanism of Liver Regeneration & Fibrotic Process?

(buat la sendiri Alia,hehe, ye tak?)

jazakumullahu khairan kathiran

Jom pelajari Bhs Arab!
Jom Infaq!

Alia Abdul Rashid said...

Assalamualaikum wbt =)

haa, saya lagi..=)

berckp tentang bljr bhs Arab, saya ada dpt satu link, sy sendiri belum cuba, tp bila tgk, best!

http://www.understandquran.com/courses/short-course/english.html

Jom Bhs Arab!

Jom Infaq!

Anonymous said...

Salam,
mula2 nk mintak kebenaran amik artikel ni, menarik utk dikongsi.

Mengenai pendapat perihal PPSMI, byk yg saya baca mengatakan belajar Math & Science dlm BI adalah tidak menjadi masalah di peringkat pra-U dan ke atas..di sini perlu diperhatikan peringkat U dan ke atas, bukanlah dari peringkat sekolah. Kalau kita ingat kembali bg yg menuntut dlm pelajaran ini dlm BM semacam saya, zaman sekolah BM, habis SPM buat matrik, guna BI. Masa ni rasa tanggungjawab sebagai penuntut semakin menebal, kita pun dah matang, tu pasal kita akan paksa diri utk paham jugak Matematik dan Sains ni dlm BI pun. Kalaulah zaman saya sekolah terus kena guna BI, mendadak je, dgn cikgu agak kurang terlatih, apa lagi otak pemikiran melayu yang agak suka bersederhana ini, takpelah bagilah peluang org2 terrer omputih belajar terus terang cakap memang saya akan tarik diri dari cuba memahami subjek-subjek ini.

Lagi satu di universiti, subjek dah difokuskan kepada jurusan yg kita ambil bukannya macam di sekolah kita belajar semua.

Dan lagi, tinggi sgt ke peratusan sekolah berasrama penuh, MRSM dan yg seumpamanya berbanding dgn sekolah2 luar bandar. Kepada yg betugas di kementerian tu rajin2ler buat kajian demi kepentingan bersama, ingat itu semua adalah amanah kita sebagai petugas yg wajar memberi gambaran sebenar mengenai sistem pendidikan peringkat sekolah - kemudian baru boleh dibuat kesimpulan berdasarkan peratusan yang bakal tertinggal dan peratusan yg berpotensi utk menonjol, kalau peratusannya kurang dari 20% bakal tertinggal mungkin PPSMI ini boleh diletakkan berpotensi utk menaikkan bangsa Malaysia, tapi kalu sebaliknya eloklah dibubar dasar PPSMI ini.

Kesimpulan yang boleh diambil dari dasar PPSMI ini, ia jelas menunjukkan bahawa Malaysia kekurangan tenaga yang mampu menterjemah ilmu-ilmu di dalam bahasa lain ke bahasa melayu. Secara halusnya kita berpeluang membunuh bahasa melayu dari berkembang – maksud saya kalau kita tgk sekarang ini byk perkataan dalam bahasa Inggeris dimelayukan bertujuan untuk menyenangkan proses penterjemahan, ini secara tidak langsung telah menambah perbendaharaan kata bahasa Malaysia itu sendiri dan inilah antara ruang-ruang bahasa boleh berkembang. Cuba kalau tidak digunakan bahasa melayu, rasanya golongan ahli bahasa pun tidak terpanggil dan tidak tahu apa yang kurang dalam bahasa Malaysia ini.

Dan ini dari komen blog, macam sesuai sgt2:

... it is important that every effort should be made to provide education in the mother tongue. ...

On educational grounds we recommend that the use of the mother tongue be extended to as late a stage in education as possible. In particular, pupils should begin their schooling through the medium of the mother tongue, because they understand it best and because to begin their school life in the mother tongue will make the break between home and school as small as possible.

(UNESCO 1951:691)

“In particular, pupils should begin their schooling through the medium of the mother tongue, because they understand it best and because to begin their school life in the mother tongue will make the break between home and school as small as possible.”

Itu yang saya nak tekankan di sini, peringkat permulaan persekolahan perlu diajar dalam bahasa ibunda. Ramai yang memberi pendapat menyebut peringkat lepas persekolahan kebanyakan sumber ilmu adalah dalam BI. Bagi saya, masa tu kan semua dah matang takkanler tak boleh usaha lebih sikit kalau ingin menjadi cendekiawan yang ulung. Wallahualam.

Admin said...

Saya setuju dengan En.Amal,

Saya setuju English ditekankan dalam pendidikan Malaysia.


Pun begitu saya sama sekali tidak bersetuju pihak yang bersikap dan berfikir secara complicated.

Okay- the point of PPSMI- the menteri keep on saying " untuk mendedahkan dan mengalakkan pelajar kita kepada BI"

Dalam erti kata lain..supaya mereka tidak malas belajar BI.

Okay mesyuarat punya mesyuarat dan kajian punya kajian- masukkan aja BI dalam Math dan Sc..

...Masukkan BI dalam Math dan Sci?"

Bersimpul siur disitu..



Pelajar Melayu ramai kantoi BI dan tidak minat BI---one knot.

Pelajar Melayu tergapai-gapai dalam Math and science...one knot.

So you have two knots there in one string?

Bukan ke berfikir cara susah tu?

Satu simpul tak terungkai..bertambah satu lagi simpulan.Jangan simpul mati sudah..

Siapa tak nak pelajar kita,anak kita, anak jiran kita, anak tuk iman masjid kita, anak sedara kita..anak cik kiah ..anak petani anak semua bangsa maju dalam BI..

Cuma sebaiknya permasalahan itu diungkai dan diselesaikan bukan dengan cara ..complicated.


Kalau English perlu ditekankan- perbaiki sistem pembelajaran English di sekolah-sekolah yang saya kira masih ditakuk lama.Cek out their text book.Bukan tak bermutu tetapi masih jauh ketinggalan dalam erti "kemajuan dalam lingua itu sendiri".

Jadikan English fun subject..bukan dry subject.Sistem pembelajaran sekarang seolah-olah English itu satu penyeksaan.Tak seronok.

Saya kira kalau anak-anak kita seronok berkira Math dan belajar science dalam Bahasa Melayu....biarlah.Jangan dibunuh minat mereka..

Kadang-kadang kita berfikir terlalu payah semata-mata untuk memajukan anak bangsa..dan cara fikir payah kita itulah sebenarnya memudaratkan lagi..

Tak boleh ke fikir secara simple..

Contoh..despite BI diajarkan dalam Math dan Sciece..

perluaskan skop pelajaran BI dengan dimasukkan Math dan Science secara seriusly ke dalam BI.

Anonymous said...

salam
memang sedih bila baca artikel di atas..
tp, saya ingin ambil pendekatan untuk tidak mengupas adakah relevannya isu ppsmi ini diteruskan...
sudah banyak komen2 yang dapat kita selidik dan kaji..
terlalu banyak komen sampai tak de penyelesaian..bukankah begitu??
the best way, i think>>
berdoa kpd Allah agar dpt yg terbaik.....
HAYYA NAD'U MA'AN..

>HAMBA YANG LEMAH DAN KUDUS ATAS MUKA BUMI INI...

nurira ~* said...

salam alia,
sedih sangat baca cerita ni.
macam adibah ckp jugak..
betul2 menangis.

hm.. cinta bangsa vs cinta bahasa.
semoga Allah tegakkan yang mana terbaik..

MBMMBI said...

I would like to share a new method to learn English, listen to English and read English.... do not translate.

1. Never Study A Single English Word
That’s right, do not memorize words. Native speakers do not learn English by remembering single words. Native speakers learn phrases.

2. Never Study Grammar
Right now. Stop. Put away your grammar books and textbooks. Grammar rules teach you to think about English, you want to speak automatically– without thinking!

3. Learn With Your Ears, Not Your Eyes
Spend most of your study time listening- that is the key to great speaking.

4. Slow, Deep Learning Is Best
Its not enough to know a definition. Its not enough to remember for a test. You must put the word deep into your brain. To speak English easily, you must repeat each lesson many times.

5. Use Point Of View Mini-Stories
You must learn grammar by listening to real English. The best way is to listen to the same story… told in different times (points of view): Past, Perfect, Present, Future. How do you do this? Easy! Find a story or article in the present tense. Then ask your native speaker tutor to write it again in the Past, with Perfect tenses, and in the Future. Finally, ask him to read and record these stories for you.

6. Only Use Real English Lessons & Materials
How do you learn Real English? It’s easy. Stop using textbooks. Instead, listen only to real English movies, TV shows, audio books, audio articles, stories, and talk radio shows. Use real English materials.

7. Listen and Answer Mini-Stories (not Listen and Repeat)
Because the teacher constantly and quickly asks easy questions, you don’t have time to think about grammar. You just immediately shout a couple of words– which teaches you to respond faster, and faster, and faster.

The 2 Big Secrets to Confident English Speaking
https://www.e-junkie.com/ecom/gb.php?ii=128845&c=ib&aff=91278&cl=5336