" Emm, tu la.. Dadil nampak mama menangis dalam solat, sebak Dadil..... "
Senyuman yang terukir di bibir saya sebentar tadi lesap. Sms sebelum tadinya mendatangkan ceria kini mengundang duka. Seribu satu persoalan datang menerjah. ' Kenapa mama menangis? '. Hati saya semakin meronta.
Semenjak 2 minggu yg lepas, hampir setiap malam saya dan mama bersms, bermula dari jam 8 jam di Czech (3 pagi di Malaysia) hingga ke 2 pagi Czech. Di setiap sms mama, dpt saya bau kesedihan yg mama rasa. Tapi mama tak pernah bercerita secara terang.
" Salam alia syg..awak tgh study ye, maaf la mama mengganggu. Mama baru lps tahajjud, mama dah doakan alia, anak2 mama, muslimin muslimat di seluruh dunia juga.......... Mama rindu awak sangat2"
" Waaa, bagusnya mama, sejuk perut alia dgr, hehe macam alia pulak yg lahirkan mama...emmm, alia rindu mama sgt2 jugak =) " . Saya cuba buat sedikit lawak, utk mendendangkan hati wanita itu.
" Tak kisah la siapa yg lahirkan siapa, janji bahagia.......... " balasan sms mama seakan tidak menyambut lawak yg cuba saya buat.. Kali ni saya benar2 sedar mama dilanda kesedihan.
"..... Alia tolong mama ye"
" Tak pe la syg, mama tak nak susahkan anak2 mama, mama nak anak2 mama bahagia"
Allah...murni sungguh hati wanita yg bergelar ibu itu. Boleh dirasa bebanan perasaan seberat batu yg dipikul mama.
Seharian badan saya menggeletar, di tengah malam saya kuatkan diri mengambil telefon bimbit utk menghantar sms pada mama, 'kenapa rasa tak sedap hati ni?'.... " Salam mama syg, mama ok ke? Alia rasa tak sedap hati, badan alia menggigil dari pagi, alia tak tau kenapa "
Lama saya menanti balasan dari mama, makin berdengup laju jantung saya. Buku di tangan tidak saya beri perhatian.
..................
Tet..tet... Sekilas pantas telefon itu saya sambar.
" Alhamdulillah, mama ok alia syg. Mama dkt rumah toksu lagi ni, mama harap tak de apa2 yg berlaku, alia jaga diri ye "
Pipi terasa hangat. Alhamdulillah.....
Golakan perasaan mereka, kita peduli?
Allahu'alam
¬Imalia¬

5 comments:
apa yg berlaku?
kurang difahami..hehe
bz body...
tpkan,bgsnya msg ngn mama sampai 6 jam...anak solehah tonggak keluarga..haha(dah start mengarut)..btw,good luck utk exam yg mendatang klu ada lagi...
hehe...tq cik qilah...cerita bakal disambung insyaAllah..
ni ada bakat jadik sasterawan negara gantikan osman kering.hikhik
=) waa.dh mula menulis ye my dearest bestfren.. (sama template nmpk :P )
sila2..
suka time ko tulis 'DIA TUHAN YG SAMA YG .....ETC...'
mengingatkn kita betapa bnykya yg die dh tolong..
^_^ miss u a lot
ili!!!! hehe..miss u too =) teruskan menulis k..tu mcm dah lama je xupdate..hehe
Post a Comment