Wednesday, February 25, 2009

PROTAZ.. bercanggah dari hak intelek (Siri 2)


Assalamu'alaikum wbt..,

Bismillahi walhamdulillah, kita telah mendengar pelbagai komen.. pro dan kontra berdasarkan entry saya yang pertama.

InsyaAllah pada kali ini, saya akan mengupas lebih lanjut lagi berkenaan isu PROTAZ ini. Bagi saya bila sesuatu perkara itu telah diketahui umum, bermakna perkara itu adalah isu besar. Sebagaimana isu PROTAZ yang sedang kita bincangkan ketika ini.


Baik, perbincangan ini hakikatnya tidak hanya terbatas, terhad dan sempit berkisar tentang pengistilahannya sahaja. Sebaliknya merangkumi segala aspek, termasuk intipati dan kesannya terhadap kita semua menurut pandangan ISLAM. Saya hanya akan menyentuh secara general sahaja tentang konsep asas ISLAM apabila kita membincangkan isu PROTAZ ini.

Konsep yang saya maksudkan ini adalah sebagaimana berikut;

1. ILMU: Segala ilmu yang diketahui dan dipelajari di muka bumi ini sepanjang sejarah ketamadunan manusia adalah ilmu daripada Allah s.w.t. Ini bermakna, segala ilmu samada berkaitan aqidah, fiqh, bahasa, pendidikan, perubatan, kejuruteraan, ekonomi, politik, sosiologi, matematik, astronomi, kimia, komputer dll.. semuanya adalah ilmu yang datang daripada Allah s.w.t. Secara tidak langsung semuanya adalah berasal daripada ISLAM, iaitu daripada Al-Quran dan As-Sunnah/Hadis Rasulullah s.a.w. Tiada pengasingan dalam konteks kesempurnaan ISLAM (Syumuliah). Tetapi terdapat perbezaan taraf antara kesemua ilmu tersebut. Sudah pasti Ilmu berkaitan Tafsir, Hadis, Aqidah, Syariah/Fiqh.. menduduki kedudukan tertinggi di sisi ISLAM berbanding ilmu² seperti perubatan, kejuruteraan, arkitek, ekonomi dsb. Bahkan, pada hakikatnya, semua ilmu yang dipelajari sepatutnya akan mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t. Itulah hakikat, tujuan dan matlamat sebenarnya yang telah digariskan Islam dalam konteks menuntut ilmu. Sebagaimana firman² Allah di dalam Al-Quran yang menyentuh tentang ilmu. Secara ringkasnya segala istilah dan penilaian kita tentang ilmu hendaklah berdasarkan guide line from ISLAM.. not from the west etc.

2. PROFESIONAL: Di dalam Al-Quran, Allah s.w.t. menyentuh dan menyatakan tentang golongan profesional ini dengan menggunakan perkataan 'Alim atau Ulama'. Jelas kedua² perkataan dalam bahasa arab tersebut bermaksud.. orang yang berpengetahuan, profesional dan pakar dalam bidang masing². Hal ini menunjukkan bahawa apa² bidang ilmu sekalipun yang diceburi.. apabila seseorang itu telah mencapai tahap penguasaan yang tinggi.. maka ia telah qualified atau layak untuk digelar profesional dan pakar dalam bidangnya. Perlu difahami profesional tidak hanya sesuai digunakan terhadap white collar working person sahaja. Bahkan istilah profesional ini sepatutnya digunakan terhadap semua bidang ilmu.. menurut perspektif yang telah digariskan ISLAM di dalam Al-Quran dan Hadis. Sebagaimana yang telah saya nyatakan dalam 1st entry about PROTAZ.

Ustaz/ah adalah profesional dan pakar dalam bidangnya. mereka juga working person dalam bidang kepakaran mereka seperti pensyarah, guru sekolah, hakim mahkamah syar'ie, peguam agama, Islamic banking advisor, dll. Begitu juga Doktor, mereka adalah profesional dan pakar dalam bidang perubatan. Engineer, Arkitek, Astronomer, dll semuanya digelar profesional dan pakar dalam bidang masing² apabila telah qualified dan melepasi tahap keilmuan yang tinggi dalam pengkhususan ilmunya.. meskipun tiada doctoral level menurut ukuran manusia. Sebagai contoh telah ramai di kalangan tokoh² ilmuwan yang telah dianugerahkan title Doktor Kehormat walaupun tidak belajar mengikut sistem asas yang telah ditetapkan di universiti².


So.. berdasarkan 2 konsep asas di atas.. kita telah jelas bahawa istilah PROTAZ adalah tidak relevan dan rasional untuk terus digunakan dan diamalkan dalam masyarakat kita. Bahkan sepatutnya istilah PROTAZ ini sepatutnya dimansuhkan penggunaannya.. =). Jika kita merujuk kepada entry saya yang pertama dalam isu PROTAZ ini.. telah saya nyatakan menurut penilaian bahasa istilah PROTAZ ini lebih tepat digunakan ke atas para ustaz dan ustazah kerana mereka adalah profesional dan pakar dalam bidang mereka. Selain itu, mereka juga working person =). Tetapi saya tidak berhajat untuk terus highlight ketepatan penggunaan istilah ini kepada golongan² tertentu sahaja.. samada tepat atau kurang tepat penggunaannya. Kerana secara peribadi saya memang tak bersetuju dengan kewujudan dan penggunaan istilah ini.

KESAN UMUM PROTAZ :

Secara umumnya, apabila istilah PROTAZ ini mula diketahui masyarakat sekitar awal 2000.. mentaliti masyarakat kita terhadap klasifikasi dan nilaian ilmu kian bercanggah dari hakikat ilmu menurut pandangan ISLAM sebagaimana yang telah saya nyatakan di atas. Masyarakat mula mengasingkan ilmu dalam bentuk yang tak sepatutnya. Sebagai contoh.. kita biasa mendengar ungkapan² seperti berikut.. "Ini adalah ilmu agama dan ini bukan ilmu agama" atau "Syariah adalah ilmu agama manakala perubatan bukan ilmu agama". dll.

Ungkapan² seperti berikut tak sepatutnya berlaku kerana semua bidang ilmu adalah termasuk dalam ilmu² ISLAM. Lihat ulama² ISLAM terdahulu.. seperti Ibnu Sina atau Avicenna, beliau merupakan profesional dan pakar dalam ilmu fiqh, perubatan, sains (macam lebah kat tepi tu). dan matematik. Ilmu² tersebut telah jelas semuanya berasal daripada Al-Quran. Manakala Jabir Ibnu Hayyan atau Geber pula, merupakan profesional dan pakar dalam ilmu kimia. Sebagaimana yang telah diketahui.. ilmu Kimia merupakan ilmu yang asasnya berasal daripada Al-Quran sejak 1430 tahun dahulu. Hal ini telah disahkan oleh Dr. Zaghlun Najar, seorang pakar Islam yang banyak menulis tentang mukjizat Al-Quran atau The miracle of Quran. Dr. Zaghlun Najar juga telah mengesahkan ilmu perubatan, astronomi, arkiologi, sains, fizik dan psikologi telah lama dijelaskan dalam Al-Quran sejak 1430 tahun dahulu.


KESIMPULANNYA:

"NO PROTAZ !!.." dan "TIADA PENGASINGAN TERHADAP ILMU² ALLAH !!" kerana semua ilmu datang daripada Allah s.w.t. Sebagaimana yang telah teradapat di dalam Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. Dan yang terdapat di dalam wahyu² Allah s.w.t kepada para Nabi alaihimus salam. yang terdahulu.. dengan kepelbagaian teknologi yang telah kita saksikan pada tinggalan umat² manusia yang hidup sejak ribuan tahun sebelum zaman kita ini.

Lastly, "Say NO !! to term.. Profesional + Ustaz = PROTAZ" kerana semua ilmu adalah sebahagian daripada agama ISLAM dan telah jelas termasuk dalam Syumuliah atau kesempurnaan ISLAM. Hanya ISLAM cara hidup kita. Kita belajar kerana Allah s.w.t. dan kita semua berhak menjadi profesional dan pakar menurut pandangan Allah s.w.t.


HIDUP KITA JUGA UNTUK ORANG LAIN. We Do Care.

We Unite For Palestine. ISLAM For All. =)



Allahu'alam


~ imalia ~


9 comments:

Unknown said...

menarik dari segi persembahan idea..saya agak bersetuju kekeliruan istilah yg berlaku dalam kalangan masyarakat kita..no prostaz ..okay

ps..kalo boleh, jgn guna warna merah untuk menulis..x nampak la..sakit mata baca..

sekian..

Anonymous said...

ni patut hantar ke ustaz asri ni..

biar die tahu dan tolong ketengahkan pandangan saudari ini ke surat kabar ke, majalah islamik ke , apa2 ke barulah org tahu dan tak mo guna protaz lg...

erm..

Anonymous said...

assalamualaikum....

tahniah kerana huraian anda. tahniah juga keran mengajak orang berfikir. kerana manusia itu bukan manusia kalau tidak menggunakan akalnya untuk berfikir. cuma, saya rasa kita sedang membincangkan/membahaskan ssesuatu yang kurang penting disini. maaf, saya cuma memberi pandangan.jangan marah ye? hehe...

adakah perlu kita membahaskan term "protaz" ini? adakah manusia lupakan Allah setelah mengetahui istilah ini sehingga ia perlu dimansuhkan bak kata saudari? adakah terjadinya pergaduhan kalau ianya dibiarkan? adakah terjandinya kesesatan jika ia dibiarkan? syirik dan sebagainya...

"Ini adalah ilmu agama dan ini bukan ilmu agama" atau "Syariah adalah ilmu agama manakala perubatan bukan ilmu agama". dll.

saya tidak nampak pembahagian ilmu dunia/ilmu akhirat@ilmu agama/bukan agama didalam term "protaz". ia hanyalah istilah yang digunakan/ditimbulkan oleh ustaz maszlee kalau tak salah, untuk mengajak golongan 'yang bukan belajar agama' untuk turut 'tahu' tentang agama. supaya orang yang belajar perubatan, kesenian,engineer atau sebagainya sedar akan tanggungjawab mereka terhadap agama.tidak hanya dengan buku-buku medic/engine nya sahaja. protaz istilah yang menuntut 'si pemakainya' tahu tentang islam. ia suatu tanggungjawab bagi 'si pemakai'.

akhir sekali, pilih prioriti, kurangkan kontroversi. hehe.
p/s: maaf ye? kita sama2 berkongsi pandangan di sini kan? no hard feelings kan? hehe...

Alia Abdul Rashid said...

dr.radzi..apa khabar? alhamdulillah terima kasih kerana menyumbang..sila2, teruskan memberi komen membina utk membantu kita semua berfikir insyaAllah..mungkin dlm siri ke2 masih belum sampai isi yg mungkin saudara hrpkan..insyaAllah akan ada sambungan dlm siri ke3..=)

bukan istilah yg ditekankan percayalah =)

nantikan siri ke3 insyaAllah

hehe, no worries..no hard feelings, kita bincang secara matang insyaAllah..

Anonymous said...

kupasan yg sgt menarik

saya dapat gambaran tentang idea anda dalam hal ini. Saya bersetuju dengan kekeliruan dalam penggunaan istilah tersebut. Tetapi mungkin gaya bahawa anda perlu lebih lunak untuk mengelakkan salah faham. Sekarang Seolah2 anda ingin memangkah orang yg diberi gelar "protaz". Mungkin no to protaz title. Mungkin anda ada cadangan menggantikan istilah itu dengan sesuatu yg lebih baik dan bermakna?

"Khotibunnas 'ala qodri 'uqulihim"

ellyWong said...
This comment has been removed by the author.
ellyWong said...

salam...

to be honest, this is also my first time came across the word 'protaz'.

sbb chemi tak tau that much of this 'protaz', jadi takleh nak bagi any comment membina on that. not sure if its merely a 'word' or if people have used it as 'stature'... hopefully it is not the latter one...

thank you for sharing it ;)

Alia Abdul Rashid said...

jzkk Abdullah Said..sy sgt hargai komen terbabit..

pd pdgn sy yg lemah, sy tidak mahu fokuskan pd penggantian istilah..

pd sy, sudah tiba masa beri kefahaman sbnr..insyaAllah =)

tq ye Abdullah Said, rajin2 singgah, bantu sama2 beri manfaat pd msykt insyaAllah

salam..

Alia Abdul Rashid said...

salam..chemi!!!!! =) insyirah & abg yasir sihat? kim slm dkt dieorg ye..

thanks for dropping by chemi..

dtg lg ye insyaAllah, tlg2 alia, spy blog ni lebih bermanfaat insyaALlah =)