Tuesday, February 10, 2009

Mana agaknya jagoan dulu?

Bismillahirrahmanirrahim...

Politik Malaysia semakin hangat!! Berkerut juga memikirkannya.. 'Aduhai, mcm² yg jadi' <sigh> Isu di Perak memang menarik perhatian.

Teringat Dr.Pavel Maruna kata 'Malaysia is a nice country, I went there for 3 weeks, Pulau Pangkor, Langkawi.....' Seronok benar gaya lecturer Pathophysiology ni bercerita, saya anggukkan saja.

'Arent u not thinking to visit Malaysia? U should go there, the foods are good, the beaches are beautiful and the people are nice' ni la dia ayat² promosi saya, sampaikan roommate pun hafal ayat ni dan mula menyakat saya =)

Sekarang saya tidak pasti apa lagi yang boleh saya banggakan. Sedih tengok konflik di sana, terutamanya yang melibatkan mereka yang seagama dengan saya. Aduhai, ada yang bertindak seakan2 tidak takutkan Tuhan. Moga kite semua sentiasa dalam rahmatNya, ameen..moga mereka kembali ke pangkal jalan..

Berbagai sumber saya cuba baca, saya perlukan sesuatu yang telus. Dari main stream media hingga ke media alternatif. Blog² ustaz saya layari, cuba perhati dalil² yg diutara bersama² pendapat peribadi mereka.

Palestin yang masih berdarah seakan tidak berjaya mencuit hati mereka sedikit pun. Teringat saya pada gambar seorang pakcik yg baring di tengah jalan raya sambil memegang bendera Palestin utk menghalang kereta yang dinaiki 'MB Perak' baru, Dr.Zambry sekitar isu di Perak baru² ini. 'Pak cik memang kacak, terbaik la pakcik!!' =)




' Ala, yang kamu dok sibuk² perjuangkan Palestin tu kenapa? dlm Malaysia ni byk lagi masalah lain yg nk difikirkan ' terkedu saya suatu ketika dulu ketika berbincang tentang Palestin dgn seorang rakan.

Mana agaknya jagoan itu? Bagaimana agaknya respon dia kpd situasi di Malaysia kini.

Terharu melihat YB Ir.Nizar yang masih cuba ke pejabat walaupun dihalang polis. Agaknya kenapa beliau masih bersikap begitu kalau beliau tidak ikhlas dalam perjuangan? Beliau sedar akan amanah yang diberikan rakyat kpdnya. Sedar dijadikan dirinya utk dipertanggungjawabkan. Diciptakan manusia utk ditaklifkan.

Fuhh, berat penyataan di atas tu. Kadang² rasa mcm rileks je, mcm tak bawa sebarang amanah je atas bahu ni. Padahal amanah yang dipikul memanggggg berat. Pakai duit rakyat, datang bljr jauh², tapi.... haishhh...usia masih muda, harap²nya tidak tersia² utk perkara yang tidak sepatutnya, harap dpt manfaatkan setiap saat utk kerja² Islam...ameen Ya Rabb

Wahai jagoan, moga kamu lebih sensitif kpd isu umat sedunia. Keluar dari tempurung hidup anda, ambil tahu dunia luar, kerana HIDUP KITA JUGA UTK ORG LAIN.. =)

Mari berbakti, yeay!!


Allahu'alam


¬Imalia¬

0 comments: