Saturday, February 7, 2009

Kita melawan usia. Bolehkah ?

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ni dengan ketentuan daripada Allah s.w.t.. saya berhajat nak respon tentang satu sindrom yang agak bahaya yang menimpa sebahagian generasi muda macam saya. kadangkala sindrom itu membarah sehingga menyebabkan.. kita hilang motivasi, mudah give up dan lebih teruk lagi rosak mentaliti secara psikologinya

".. kisah kasih antara ibu dan anak, insyaAllah akan saya sambung dalam posting yang lain =).."

Ok, kembali balik pada fokus kita...

Hampir tiap hari kita akan mendengar keluhan mengadu tak larat daripada insan yang masih muda jiwanya.. tapi lagaknya seakan mereka yang telah dimamah usia. Inilah gambaran umum sindrom yang akan saya respon pada kali ini..

KITA MELAWAN USIA. BOLEHKAH ?

~~ jawabnya, sudah tentu boleh.. kan².. kan =)

Semasa kita kanak² dulu, selalunya memang kita aktif.. kadang² kita akan terdengar suara² sinis yang ditujukan kepada kita.. "budak nia hyper active ni..", "terlebih glukosa ni.. terlebih makan gula-gula ni.. tak boleh duduk diam langsung". "aishh.. rimas betul budak ni". dan macam² lagi versi ayat² dan ungkapan sinis. hyper active =).











Sifat aktif ni, berterusan sampai la kita remaja, kita tak boleh duduk diam, tak suka menyendiri, termenung je seperti ayam berak kapur, bak kata bidalan melayu la. Memang pantang hati kita tengok orang yang lembab. Yang perempuan dengan caranya.. yang lelaki dengan caranya.. tapi, sama² aktif. Contohnya la; masa sek. men. dulu, cikgu ajak je nak pergi mana², kita setuju je, kita la yang bawak senarai nama, nak cari orang yang nak join sekali.. tolong cikgu kutip duit untuk rombongan.. dan lain² lagi. Ringkasnya, cikgu boleh bagi idea dan goyang kaki je.. dapat anak murid yang aktif macam kita..

Sepanjang program tu, kita la yang susun jadual, nak buat apa.. kita cakap kat cikgu " tak boleh macam tu, cikgu kena buat macam ni.." lepas tu, tau cikgu kata apa.. angguk dan tersengih je, tanda suka. Dua tiga hari sebelum pergi, kita sibuk ingatkan kawan² kita.. jangan lupa pergi.

Ringkasnya la.. tak nak cerita panjang² nak buat analogi terus.. bermula dari keluarnya perkataan dari mulut cikgu nak ajak pergi jalan² kat mana², sampai la habis.., kita la yang berlari ke sana ke mari.. kita la yang terbongkok².. sanggup berpanas, berhujan dan macam² lagi semata² untuk menjayakan idea cikgu tu. Walaupun letih, keadaan macam tu sikit pun tak menjejaskan kita.. lagi suka ada laa. Jiwa muda la katakan. Masa tu kita memang hebat.. tapi, tu dulu la.. dulu.. sekarang macam mana plak? =)

Sekarang kita dah tak sanggup nak buat semua tu, kurang dah minat untuk benda² macam tu. "memenatkan je, meletihkan je..". biarla org lain buat, kalau kita tak buat, ada la orang lain buat. Orang lain pun cakap macam tu jugak.. saling mengharap. "ada la tu nanti, tengok je la, mesti ada punya" itu la yang kita cakap hari demi hari.. (Sebahagian dari symptom² sindrom orang muda perasan tua..) =).

Kita dah mula berkira penat lelah. Kenapa kita sahaja yang sibuk, sedangkan orang lain rileks je, duduk menyandar.. ada jugak yang langsung tak datang kalau disuruh datang. Mesyuarat umpamanya, kita tak payah la nak buat sibuk, tak de maknanya semua tu.. buat meletihkan badan je.. agaknya macam ni jugak la yang difikirkan oleh orang lain dulu.. semasa kita jadi juara.. orang penting dalam segala keperluan, harapan agama, bangsa dan negara. Padan la.. kita nampak sibuk sangat, mengalahkan orang penting yang sebenar. Tapi pada masa yang sama kita tengok orang lain biasa je.. selesa je duduk bersantai.. macam tak de perasaan je..

Apa yang pasti faktor usia telah menenggelamkan kita ke dunia 'tak pe'. kita dah malas nak bersaing, dah tua. kita rasa tak layak lagi nak buat² sibuk, kita dah tua. kita biarkan je orang muda buat, sebab kita dah tua (kononnya la, padahal baru jadi senior peringkat bachelor.. bukannya betul² tua.. =). Oleh kerana kita dulu pernah jadi muda, jadi kita tau kemampuan orang muda. Sekarang ni biarlah kita melayan usia tua kita. (Suku abad pun tak sampai lagi.. dah perasan tua. Silap² akan merugikan tenaga kerja ISLAM)

Dua tiga paras kat atas tu, menunjukkan kita pasrah pada takdir. Kita pesimis dengan situasi. Kita tak melawan halangan. Kita jadi down. Kita dah hilang talent... dan kita, kita, kita.. yang negatif semuanya..

Kenapa hal macam ni boleh jadi? Mengapakah kita bersikap bagaikan kita bukan kita yang dulu? kita dah jadi orang lain ke? Usia dan jiwa muda seakan tidak dihargai kerana mentaliti kita telah dijangkiti barah PERASAN TUA.. na'uzubillahi min zalik.

Bolehkah kita bangkit dan keluar dari kepompong ni? ada sorang tu cakap; "kita akan jadi lebih tua daripada usia kita jika kita fikirkan kita sudah tua.. sepatutnya apabila kita semakin meningkat tua, kita mesti anggap kita semakin muda".. sebab umur yang diperuntukkan untuk kita dah makin sikit, semakin berkurangan.. semakin hampir pada expired datenya. Kita mesti buat apa sahaja.. macam masa kita nak exam.. semakin dekat dengan exam, semakin kuat usaha kita, masa tak boleh dibazirkan langsung.. rugi. Macam tu jugak la hakikat hidup ini. Beramal dengan bersungguh untuk capai keredhaan
Allah s.w.t sebelum kematian datang menjemput kita. Usaha beramal sentiasa digandakan tiap hari.. Jasa² untuk Islam diperbanyakkan.. langkah² kita dibuka luas mengatasi orang yang masih banyak bekalan umurnya.. tapi, bolehkah?

bolehkah... kita melawan usia tua kita? insyaAllah blh.. kan².. kan =)


Allahu'alam



~ imalia ~




6 comments:

Ummu Khaulah said...

jazakillah alia,atas post kali ni..

harap semua org bersemangat utk bekerja,utk belajar,utk Islam...

'we must be the player,not only the supporter'..

p/s: harap Allah bg aku kekuatan utk tetap teguh ....... :)

aqilahechizen said...

kembali menyibuk walaupun dah ckp xnak nyebuk..x kira...haha
xnak,nak tua jgak..nnti klu x tua,x dpt la adiah bday..haha...sorry termengarut...
berkaitan kisah kat atas ni,sy ada la pengalaman seakan2 mcm tu...wktu tu ckg suh dtg susun meja utk irp tp ramai yg x dtg sbb penat la konon padahal duk mengerekot atas katil termasukla si penulis ni...sbbnya igt,xpa org lain sure ramai yg dtg n suma pk mcm tu...last2,berapa kerat ja yg mai tlg ckg...pastu dah jd pasal ckg kecik ati..pastukan ckg bg adiah kat sapa yg dtg tlg...best gla..menyesal plak x p...hahaha(bley plak nak dpt adiah br wat keja)...sorry terpjg plak komen..sj ja nak menyemak bykkkk222..kahkah

aqilahechizen said...

utk ka firyal,sy mintak maaf sgt..sy igtkan wardatul shauqah tu kak alia..hehe..sy br je tau kak firyal ada blog...

Alia Abdul Rashid said...

hehehe....qilah, awk jgn memain...wardatul shauqah tu ialah nama superpower kak firyal..hehe,apakah ayat akak ni..xpe2, mai2 singgah, lg rajin awk singgah, lg rajin akak buat post baru insyaAllah..kikiki

Mastermax64 said...

salam..nice artikel :)

Alia Abdul Rashid said...

alhamdulillah..tq ye..rajin2 singgah & komen utk penambahbaikan insyaAllah