Monday, February 16, 2009

PROTAZ.. bercanggah dari hak intelek (Siri 1)

Assalamu'alaikum wbt..

Sihat semua..? =)

Nak bagi tau anda semua..


"termasuk hari ni, dalam seminggu ni dah 3 kali hati saya terdetik untuk berbicara sejenak tentang PROTAZ.."

Istilah ini cukup masyhur dikalangan pelajar yang tidak mengambil pengkhususan agama seperti saya. Sebenarnya, saya secara peribadi sangat TERKILAN terhadap teman² yang sangat berbangga dan mendokong istilah
PROTAZ. Adakah istilah ini benar? sesuai digunakan dari aspek nilai intelektual yang sebenar? Baik.. tulisan kali ini, kemungkinan merupakan sanggahan bagi setengah pihak. Mungkin juga Perhargaan dan penghormatan kepada yang selayaknya. Apa yang akan saya utarakan pada kali ini, adalah terbuka untuk dinilai dan direspon kembali oleh sesiapa sahaja. Platform dan kapasiti saya sebagai pelajar perubatan dan bukan pengkhususan agama menyebabkan saya rasa sesuai untuk saya counter kembali kesalahan penggunaan istilah ini dari segi teori dan praktikalnya.

PROTAZ menurut istilahnya:

"Sebagaimana yang kita sedia maklum, istilah PROTAZ secara literal terdiri daripada dua perkataan yuang digabungkan iaitu PROFESIONAL dan USTAZ. Secara keseluruhannya istilah ini digunakan bagi melambangkan mereka yang bukan mengambil pengkhususan agama tetapi mempunyai pengetahuan agama yang baik. "
Menurut pemerhatian saya, penggabungan kedua² perkataan tersebut adalah tidak tepat. Ini adalah kerana perkataan PROFESIONAL atau PAKAR merupakan istilah yang digunakan merujuk kepada sesiapa sahaja yang mempunyai kepakaran dalam bidang² tertentu. Hal ini jelas difahami sebagai contoh;

1. Doktor adalah profesional dalam bidang perubatan.
2. Ir. adalah profesional dalam bidang kejuruteraan.
3. Ustaz/ah adalah profesional dalam bidang agama. dll

daripada contoh² yang saya nyatakan telah jelas bahawa penggabungan perkataan PROFESIONAL dan USTAZ telah disalah ertikan oleh sesetengan pihak, apabila mereka merujuk kepada golongan bukan aliran pengkhususan agama tapi mempunyai pengetahuan agama yang baik. Ini adalah tidak benar! dan menyalahi hak intelektual.

HAKIKATNYA PROTAZ adalah sebuah istilah yang salah!!!...


Buktinya.. jika dilihat takrifan dua perkataan tersebut, PROFESIONAL dan USTAZ, menurut kamus dewan bahasa dan pustaka adalah lebih tepat untuk dianugerahkan kepada mereka yang mengambil pengkhususan agama. Iaitu para ustaz dan ustazah.
Para Ustaz dan Ustazahlah yang merupakan PROTAZ yang sebenar. Bukan kita! para pelajar dari bukan pengkhususan agama. Para ustaz/ah adalah PROTAZ yang sebenar kerana mereka adalah PAKAR dalam bidang agama. mereka lebih memahami method pengajian dan selok belok hukum hakam agama. mereka telah berguru dengan para ilmuwan agama yang hakiki. Mereka juga memiliki pengikitirafan rasmi yang sebenar kerana telah mencapai tahap² yang tertentu untuk dianugerahkan title USTAZ dan USTAZAH. Sebaliknya, kita yang hanya belajar dan mendalami agama melalui kelas² tambahan fardhu 'ain yang diajar oleh para ustaz atau ustazah adalah tidak layak bagi kita untuk dinobatkan title PROTAZ ke atas diri kita. Bagaimana pula jika kita hanya mengetahui ilmu agama melalui pembacaan tanpa berguru.?Kelayakan yg boleh diragui. Ini kerana dikhuatiri ilmu yang kita dapat melalui pembacaan itu bercanggah dari hakikat dan realiti adaptasinya.
Secara peribadi saya tidak bersetuju dengan penggunaan istilah PROTAZ, jika istilah itu dinisbahkan selain daripada para USTAZ dan USTAZAH.

Tapi jangan salah sangka =), saya SAMA SEKALI TIDAK MENAFIKAN kesamaan taraf kedua-dua belah pihak, baik Ustaz/ah mahupn Dr., engineer.. dsb bila kita berkata tentang BERDAKWAH..mana kan mungkin hanya ustaz/ah yg mesti menyampaikan dakwah, tak kan di hospital pun mereka juga, selain di masjid, sekolah etc.. So, kita ni lah, di hospital especially adalah medan utama untuk kita berperanan sebagai pendakwah. Sampaikan dakwah melalui akhlaq islamiyah, BED SIDE MANNER dsb.. =) ~ at least jadi muslim/ah solehah yang baik tak pe dah.. =).


=) Sekian dulu, dan sekalung penghargaan saya mahkotakan kepada para USTAZ dan USTAZAH. Anda semua memang BEST kerana besar sumbangan anda sebagai PROTAZ yang sebenar. Dan kita? Barangkali dari segi ruhnya, insyaAllah term ini blh diapply kpd kita berdasarkan kesungguhan kita, bukan sekadar dari kuliah,buku tapi dr ustaz², ulama² muktabar --- Kata seorg sahabat =). Apa kata anda?


Hari ini.. keyboard saya menjadi saksi,
"Sanggahan terhadap PROTAZ dan penakrifannya yang menyalahi hak intelek". Panjang namanya, tak pernah dibuat orang =).Tapi mesej yg bertepatan dgn isi, insyaAllah =)


Bagaimana pula ianya di mata anda? Mari bertukar² buah fikiran, moga dengan adanya penambahbaikan mampu memberi manfaat kpd semua insan, insyaAllah =)


HIDUP KITA JUGA UNTUK ORANG LAIN. We Do Care.

We Unite For Palestine. ISLAM For All.


Allahu'alam


~ imalia ~

16 comments:

aqilahechizen said...

terima kasih kak alia atas perkongsian buah fikiran kamu...sebenarnya saya pun x pnh dgr ttg protaz..ni br sy tau..nak bg pandangan tp tkt kak alia terkilan plak sbb may b pandangan sy sedikit bertentangan..hehe..(try membuat komen matang)...hahaha..poyo ja

Alia Abdul Rashid said...

hehe...awk ni,mcm2 la qilah..alamak, xmau la camtu, insyaAllah xterkilan, akak nk dgr pendapat org lain juga..hehe...awk letak je pendapat awk tau, biar org lain blh baca, so mungkin perbincangan blh berkembang dari situ insyaAllah =)...tq qilah

Abu Yasir said...

SAtu lontaran idea yg menarik namun tak perlu perbncgn yg pnjg memandangkan ia hanya khilaf dr segi bahasa, yg penting semua memainkan peranan masing2 dgn baik. Ada jg ust/zh yg terlibat dlm bdg bisness nnt jenuh nk bg istilah baru pd mereka pula............

Anonymous said...

kan semua pun maklum protaz itu gelar bagi golongan professional yang belajar/berbicara tentang agama. Memang masyarkat wajar mempertikaian kewibaan ilmu mereka jika mereka tidak belajar secara formal di institusi pengajian agama, cuma mengambil agamakan bukan hanya di sana. Biarlah para ahli agama menilai mereka. Jika salah wajib dinasehati dan dibenari. Jika benar dan selari dengan pemahaman sebenar, mereka wajar diberi tabik hormat, bukan kerana gelar mereka tapi usaha mereka mendalami 2 ilmu sekali gus dan membuktikan itu tidak mustahil dilakukan dengan catatan bahawa bukan bererti mereka lebih hebat dari ustaz biasa. Apa-apa pun ini cuma sekadar istilah..tak perlulah diperbesar-besarkan.

Alia Abdul Rashid said...

terima kasih diatas komen anda semua, =) hrp jgn slh faham, bkn mahu diperbesarkan isu ini, ini hanyalah sebagai introduction kpd siri2 lain yg bakal menyusul, yg mana isinya jauh lebih penting insyaAllah...saja dilontarkan perkara ini sebagai membuka mata & menganjak paradigma insyaAllah =)

aqilahechizen said...

ok2lah...sy cuba comment...bg sy la kan,protaz ni mungkin just gelaran ja utk senang kita tau ada dikalangan kita walaupun x amek jurusan agama tp mahir jgak dlm bidang agama...jd,x salah rasanya klu kita gna perkataan tu..mungkin la klu mcm dkt skolah asrama agak terkenal la dgn perkataan gabung2 ni..mcm lampi(lambat pickup),gipang,sodorm dan sebagainya...apa2pun,ianya hanyalah satu gelaran...maaflah klu sy punya comment ni x berpandangan jauh..hehe(try membuat comment yg matang)..wallahualam

Anonymous said...

bagi saya lah, tak patut pun ada istilah protaz ni...

ape perlunya lg kak alia mengatakan yg hanya ustaz/ah yg layak dirujuk sbg protaz sdgkan gelaran ustaz itu sendiri sudah mambawa maksud pro/ mahir/ berpengaetahuan dsb..

jd ape rasionalnya gelaran protaz ni kan.

This is redundant word!!

ni mesti sbb xde keje diorg ni.
suka ati mak bapak diorg je buat gelaran baru.

bunyi dia pun tak sedap didengar kan kak alia.

salam

Alia Abdul Rashid said...

terima kasih komen awk tu..=) akak hargai, cuma akak harap bila awak bg komen kan, kita bertindak secara profesional blh kan? so insyaAllah bagaimana pn respon, keluarkan dlm ayat yg membina & tersusun insyaAllah..no offense tau..sekadar peringatan kpd semua termasuk akak insyaAllah =)

Afham said...

Salam, satu luahan pendapat y bagus. Ingin berkongsi sdikit pengalaman.

Saya juga mengambil jurusan perubatan dan sememangnya masa kita utk mndalami ilmu hukum hakam sedikit terhad (bukan 100% tak boleh)

Mungkin istilah protaz ni kalu dilihat dari satu segi memberi amaran atau peringatan kpd kpd golongan profesional lain y takde DIRECT contact ngn ilmu islam supaya lebih berhati2 dalam mengeluarkan hukum. Banyak terjadi di mana sesetengah gol professional y bukan ustz/uztazah hanya merujuk kpd buku dan terus keluarkan fatwa.Kesannya, banyaklah la ajaran sesat...

Apa2 pun, tugas menyampaikan ilmu adalah wajib kpd smua y bergelar Islam. Namun, kita y plajar perubatan ni, pastikan kita sediakan 'some degree of 'carefulness' dalam sesi berkongsi ilmu

wallaualam

Azizul Salehudin said...

assalamualaikum wbt.

Afwan Alia.Nak tinggalkan pendapat sikit.Boleh ya?

Bg saya,apa pun bidang yg kita ceburi/pelajari, semua itu agama.

agama=cara hidup.

adakah kita ingin katakan doktor,engineer,peguam etc. bukan org agama.

mereka juga melengkapkan sebahagian daripada agama.

usah dipisah agama dan urusan hidup lain.

hakikatnya, semua org wajib mempelajari ilmu basic dlm pengajian islam - fiqh,usul fiqh,aqidah - cuma para ustaz ini kajiannya lebih mendalam dari segi ilmu.namun dari segi kefahaman terhadap agama,mungkin jua si doktor punyai kefahaman agama yg lebih hebat dari si ustaz.

sumayyah syahid ketika beliau tidak tahu apa2 ilmu tentang solat.apatah lagi hukum-hakam agama sebagaimana ustaz2 kita tahu.akan tetapi beliau dijanjikan syurga, kerana kefahamannya yg hebat ttg agama ini.

"Sesiapa yg dikehendaki kebaikan oleh Allah, akan diberikan kefahaman ttg agamanya." (Muslim)

Kadang2 isu seperti ini membuatkan golongan yg dikatakan non-agama takut utk mendekati agama.ilmu2 agama menjadi terlalu eksklusif untuk para ustaz/ustazah.

Nyata ia sekadar isu bahasa.

Sekadar sengaja memberikan pandangan dari sudut berbeza.Menggalak budaya berfikir.

Nak jadi doktor dan nak faham agama.
Azizul Salehudin

Anonymous said...

salam...

Sy terbaca blog ni dari status Abg Abu Zarr...And sy teringat yang sy pernah terbaca pasal seorang protaz dalam sebuah majalah...dia ni seorang pilot tapi banyak menghasilkan buku2 berunsur Islamiah...dan kalau tak salah sy...buku2 berunsurkan Islam yg diterbitkan di Msia, harus mendapat kebenaran dan cop dari jabatan agama Islam yang sy x ingat jabatan mana setelah di analisis oleh pakar2 agama di jabatan tersebut...but one thing for sure...if he got the permission in publishing the book, the content i guess should be ok with accurate facts and the most important things is it does not against the teaching of Islam...
jadi, sy berpendapat yg walaupun he is a mere pilot without any Islamic degree but with vast knowledge in Islam why he could not attained the same level as an Ustaz? Jadi i just think that protaz could be a new word resembling a professional with broad knowledge in Islam but at the same time is different in term of the title from Ustaz which graduate with a degree in Islamic knowledge...

Alia Abdul Rashid said...

terima kasih again semua..sy sgt2 mengalukan komen2 terbabit, memberi kpd semua memberi pandangan & berbincang secara profesional insyaAllah...teruskan memberi ruang kpd diri anda utk berfikir..nantikan siri ke2 insyaALlah =)

Anonymous said...

do you mean the scale of a professional?

A professional is a person who has completed a doctoral or law program or equivalent (a masters or bachelors degree does not infer a professional).The term professional is often misused. It is not to be confused with "White Collar" or "expert". A person who is white collar performs a job that requires education and does not involve physical labour. An expert is a person in a profession that requires certain types of skilled work requiring formal training or education.

A professional is someone who has a professional (doctoral level) degree - a number one on the Hollingshead scale.

The term professional has become mainstream and used to imply white collar working person or commercial such as in the case of a commercial athlete compared to an amateur. Just because someone is getting paid to do a job does not make him or her a "professional". Also the word professional has become confused with expert. Many experts are professionals, but the words are not interchangeable.

In western nations, such as the United States, the term commonly describes highly educated, mostly salaried workers, who enjoy considerable work autonomy, economic security, a comfortable salary, and are commonly engaged in creative and intellectually challenging work. A professional athlete is someone who derives income by participating in competitive sports, again here the word professional being misused, more appropriately to be referred to as "Commercial athlete".

Alia Abdul Rashid said...

=) terima kasih encik/puan/cik protaz..sy sgt hargai

tapi, itu adalah skala manusia bukan? skala Tuhan? Allahu'alam =)

terima kasih membantu saya menganjak paradigma pembaca..sy sgt berbsr hati sekiranya encik/puan/cik sudi utk sentiasa singgah ke blog yg tidak seberapa ini utk sama2 berganding bahu dlm misi yg lebih utama insyaAllah, Allahu akbar!! =)

Nantikan siri ke 2 insyaAllah =)

Anonymous said...

Salam..satu kupasan yg menarik..isu protaz nie pernah dibincangkan dlm Majalah I suatu masa dulu..sy ad membacanya..pd pndpt sy, bagus jgk fenomena nie coz ad gak golongan yg bkn dr bdg agama, prihatin m'bncgkn perihal pelbagai ilmu dan p'masalahn dlm Islam..agak menerima istilah protaz bg mereka..tp setelah penerangan akak kt atas, sy rsa mgkn istilah protaz nie agak kurang sesuai bg mereka..apa2 pn, sy rsa kta perlu b'sgka baik dan menyokong usaha mereka b'dakwah..siapalah kita untuk menilai niat seseorg itu melainkan Yang Maha Esa..biarlah Dia yg menentukan.. Wassalam...

Anonymous said...

salam dik..(sbb ramai panggil akak)..pada pendapat saya yang ambil jurusan keagamaan ni,istilah itu tidak ada masalah jika iya ditujukan pada sesuatu yang dimaksudkan..
contohnya seperti seseorang mengatakan dia seorang doktor dan tinggi ilmu agamanya mengikut pandangannya..sama juga jika dia menggunakannya pada orang lain yang sama pada sangkaan dia tadi..
tetapi jika ingin dijadikan istilah ini sebagai rasmi pada penggunaan awam,maka mungkin boleh masuk perbincangan mesyuarat bahasa dulu..
dan kita sedia maklum ianya bukan sebutan rasmi..jadi pada sesiapa yang tidak setuju maka hendaklah berlapang dada..

pada pendapat peribadi saya bersetuju istilah ini kerana iyanya memperkasakan islam pada pandangan masyarakat..
secara tidak langsung menunjukkan bahawa makin ramai menceburi bidang agama dengan mendalam..tak ada masalah dan penambahbaikan..
mana yang zahir salah maka kita tegur,apa yang benar maka menunjukkan amat luasnya ilmu allah..
sesiapa yang allah mahukan kebaikan padanya,maka dia akan faqih(faham) pada agama..
terima kasih..